Majoriti Bumiputera Kekal Sebagai Pekerja Separa Mahir dan Kemahiran Rendah, Beri Kesan kepada Jurang Pendapatan Bumiputera Berbanding Kaum Cina dan India

Bumiputera kekal mencatat peratusan tertinggi dalam pekerjaan separuh mahir dan kemahiran rendah berbanding Cina dan India yang terus mengungguli pekerjaan berkemahiran tinggi. Hal ini kerana, kebanyakan daripada Bumiputera cenderung bekerja di sektor berpendapatan rendah seperti pertanian, perikanan, perhutanan, pertukangan dan pekerja asas. (KEB2024)

Berdasarkan laporan DOSM, kaum Cina mendahului peratusan pekerja mahir dengan kadar 40.1 peratus, diikuti kaum India pada 37.2 peratus dan Bumiputera terus ketinggalan pada kadar 29.1 peratus. Peratusan rendah Bumiputera adalah kerana 71 peratus daripada golongan itu merupakan pekerja separuh mahir dan berkemahiran rendah. (KEB2024)

Jurang pekerjaan yang tinggi tersebut mengesani jurang pendapatan antara kaum. Purata pendapatan kasar Bumiputera dilihat adalah rendah berbanding kaum Cina dan India. Bagi jawatan pengurusan, Bumiputera secara purata berpendapatan RM 15,000, Cina RM 18,000 dan India RM 17,000. (KEB2024)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Norway, Ireland dan Sepanyol Iktiraf Negara Palestin atas Nasihat A.S., Rancang Tubuhkan Kerajaan Proksi di Gaza dengan Kerjasama Negara Arab dan Eropah

Next Post

Israel miliki kesemua indikator sebagai entiti pengganas, seluruh dunia perlu ambil tindakan keras dalam berurusan dengan Israel – CEO IRIS Institute

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Individu

RM200 / tahun

Individu Silver

RM500 / tahun

Individu Premium

RM1000 / tahun

Skip to content