Kuala Lumpur antara 10 bandar di Asia Pasifik mendahului hab inovasi teknologi

KUALA LUMPUR, 17 Ogos  — Kuala Lumpur berada di kedudukan kesembilan di Asia Pasifik dan di luar Silicon Valley/San Francisco, Amerika Syarikat sebagai hab inovasi teknologi terkemuka dalam tempoh empat tahun akan datang, menurut tinjauan terbaru oleh KPMG.

Dalam Tinjauan Industri Teknologi global 2021 yang melibatkan lebih daripada 800 pemimpin industri, KPMG berkata ini berdasarkan beberapa faktor di peringkat tempatan seperti infrastruktur dan demografi serta pada peringkat makro seperti persekitaran pengawalseliaan dan insentif cukai nasional yang berpotensi dilaksanakan.

Ketua sektor Teknologi, Media dan Telekomunikasi KPMG di Malaysia, Guy Edwards berkata ia tidak mengejutkan memandangkan beberapa kajian dibuat telahmengenal pasti faktor yang menjadikan Malaysia peluang pelaburan yang menarik.

“Pasti ada keyakinan global yang berterusan terhadap potensi yang ada pada negara sebagai pusat pembangunan, hasil daripada dedikasi kerajaan Malaysia untuk memajukan infrastruktur teknologi negara dengan memperkenalkan inisiatif seperti dasar Revolusi Industri Keempat Nasional.

“Inisiatif kerajaan itu membantu memperkukuhkan potensi Malaysia sebagai hab teknologi, lebih banyak yang diperlukan selain dari pada memperkenalkan dasar baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tinjauan itu menunjukkan 61 peratus orang dalam industri yakin bahawa pandemik COVID-19 telah mengubah pendapat mereka terhadap bandar mana yang mendahului hab inovasi teknologi.

Hanya satu pertiga daripada kaji selidik itu berpendapat bahawa Silicon Valley di AS akan mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam inovasi, manakala jumlah yang sama menyatakan ia tidak lagi menjadi peneraju.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

INCEIF, Monash University kaji peranan kewangan Islam dalam pemulihan sosioekonomi

Next Post

Adakah ekonomi negara masih mampu bertahan mengharungi pandemik Covid-19?

Related Posts
Skip to content