Obama Hadiahkan Israel Senjata Berharga USD 1.9 Billion Atas Kerajaan Rasis Israel Yang Baru

OBAMA GIVES ISRAEL

Baru-baru ini Obama meluluskan penjualan senjata USD 1.9 billion kepada Israel sebagai pampasan kepada perjanjian nuklear AS-Iran di mana Regim Israel Laknatullah menentang perjanjian tersebut sekeras-kerasnya.

Kesemua senjata tersebut terdiri daripada ribuan bom yang mampu menembus bangunan konkrit hingga 20 kaki atau 6 meter ke atas. Antara senjata yang dibekalkan adalah peluru berpandu Hellfire, bom kegunaan am dan bom bunker buster.

Kebanyakan senjata ini juga bukti bahawa Israel yang tidak berhati perut ini sanggup membuat keganasan melampau ke atas penduduk Gaza termasuklah kanak-kanak dan mereka mengganggap perkara ini sebahagian daripada polisi mereka.

Bukan itu sahaja, keganasan Israel Laknatullah ini telah membuatkan pegawai tentera AS yang sebelum ini pernah mengikuti pencerobohan haram dan jenayah keganasan terhadap Iraq pun terkejut dan tercengang. Hal ini turut diakui Jabatan Pentagon dan Negeri sendiri namun, ianya tetap tidak menghalang Obama daripada memberi perlindungan kepada negara haram Israel seolah-olah menyokong kekejaman yang dilakukan oleh mereka.

 

Bunker buster

Bom bunker buster atau gelarannya ‘’Saddamizer’’ pernah digunakan oleh tentera AS ke atas Iraq semasa perang Teluk pertama  dan dalam beberapa tahun ini, bom ini juga yang telah memberi kesan teruk terhadap bumi Palestin yang dikepung serta rakyat yang tidak berdaya lagi lemah.

Israel ‘’membelasah’’ teruk Palestin dengan bom bunker buster ini semasa Operasi Cast Lead dimana peperangan 3 minggu pada musim sejuk 2008-2009 itu  telah mengorbankan 1,400 orang rakyat Palestin termasuklah 400 orang kanak-kanak. Dalam masa yang sama, Obama dalam diam memindahkan berdozen lagi bom pemusnah bumi ini ke Israel pada 2009 sebagai usaha untuk menghalang rundingan dengan Iran.

Setelah Israel kehabisan stok senjata, pentadbiran Obama menambah lagi stok tersebut semasa serangan Israel terhadap Gaza pada tahun 2012 dengan jualan senjata yang mencecah sebanyak USD 647 juta termasuklah bom bunker buster.

Israel Laknatullah menggunakan bom bunker buster ini terhadap menara bertingkat Gaza dan menyapu habis seluruh keluarga yang menumpang berteduh di situ semasa Operasi Protective Edge dan pada tahun lepas pula serangan Israel hampir membunuh lebih daripada 2,200 rakyat Palestin yang kebanyakannya rakyat yang tidak berdosa termasuklah lebih 500 kanak-kanak turut menjadi korban.

Inilah bukti bahawa senjata Obama ini mampu membuatkan Israel Laknatullah memperhebatkan lagi serangannya ke atas Gaza tanpa banyak bicara dan berkemungkinan ke atas Lubnan sekiranya benarlah dakwaan mereka untuk menyerang Hizbullah.

Apabila Pentagon ditanya mengenai kesedaran mereka terhadap senjata pemusnah mereka yang mampu mencederakan ribuan manusia yang tidak bersalah, ini jawapan yang diberikan oleh jurucakap Pentagon,Roger Cabiness II

‘’ Seperti mana-mana aktiviti kerjasama keselamatan, Amerika Syarikat menilai permintaan daripada negara-negara lain atas dasar kes demi kes, dengan mengambil kira politik, ketenteraan, ekonomi, kawalan persenjataan dan keadaan hak asasi manusia dalam membuat keputusan mengenai penyediaan peralatan ketenteraan dan perlesenan jualan komersial terus ke mana-mana negara, selaras dengan Dasar Pemindahan Senjata Konvensional, Akta Kawalan Eksport Senjata dan perjanjian antarabangsa yang berkaitan.’’

Jawapan yang diberikan seolah-olah ingin menutup kesalahan mereka.

 

Sewaktu Benjamin Nentanyahu, Perdana Menteri Rejim Israel Laknatullah menyampaikan ucapannya kepada Congress, dia telah memberitahu bahawa Israel telah menyahut seruan pembangkang Republik untuk menghapuskan hubungan diplomatik Obama-Iran yang penuh muslihat  dan hal ini telah memberi petanda bahawa hubungan AS-Israel semakin rapuh.

Hubungan tersebut dilihat semakin meruncing semasa kempen pilihan raya Nentanyahu apabila parti sayap kanannya mula berputus asa terhadapnya.

Dalam satu temubual bersama Jeffrey Goldberg, penjaga penjara Israel mengatakan Obama merupakan manusia talam dua muka kerana Obama menyamakan ciptaan kerajaan Israel di bumi suci Palestin dengan pergerakan hak asasi Afrika Amerika dan dalam masa yang sama menekankan kepentingan ‘’memelihara’’ Yahudi di Israel. Obama turut mengkritik pilihan raya anti-Arab Nentanyahu dan hasilnya, Obama perlu menggubal ‘’akibat dasar luar’’ terhadap Israel. Namun, kebanyakan tulisan penganalisis politik berkaitan dengan hubungan istimewa ini tidak berasas.

 

Realitinya, penalti yang dikenakan oleh Obama terhadap Israel Laknatullah merupakan bantahan yang dianggap tidak bersungguh ke atas sikap rasis Nentanyahu yang tidak sedikit pun memberi makna kerana Obama masih saja lagi menyediakan kelengkapan persenjataan buat Israel Laknatullah dalam melaksanakan misi jenayah mereka itu.

Sementara itu, Nentanyahu pula telah memenuhi jawatan-jawatan atasan dalam pentadbirannya yang paling rasis itu dengan ahli politik yang bersungguh-sungguh dalam menjalankan misi ‘’permbersihan’’ Palestin.

Sebagai contoh, jawatan Menteri Pendidikan Israel telah dijawat oleh Naftali Bennet, seorang ketua ekstrim kebangsaan agama Habeyit-Hayehudi yang sangat popular dengan ungkapan ‘’Aku telah membunuh banyak orang Arab dalam hidup ku dan aku tidak mempunyai masalah dengan hal itu’’. Manakala Menteri Keadilan yang baru, Ayelet Shaked pula telah mengisytiharkan seluruh rakyat Palestin sebagai musuh mereka dan begitu berharap sekali agar dapat memancung setiap kepala ibu Palestin daripada melahirkan generasi pejuang Islam yang seterusnya.

Lagi teruk apabila Menteri Kebudayaan yang baru, Miri Regev melabel warga Afrika bukan Yahudi sebagai ‘’barah’’ semasa rusuhan anti-Afrika (2012) di mana setengah daripada Yahudi Israel bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ditambah pula dengan kenyataan Menteri Pertahanan yang baru iaitu Eli Ben-Dahan yang sangat biadap mengatakan ‘’Rakyat Palestin adalah raksasa, mereka bukan manusia dan seorang Yahudi adalah lebih baik dairpada bangsa lain walaupun dia seorang homoseksual’’.

Tzipi Hotovely, Menteri Luar Israel pula berkata,’’Tanah [Palestin] ini milik kami. Kesemuanya milik kami. Kami tidak datang ke sini untuk meminta maaf atas tindakan kami’’. Pada awal bulan ini, Moshe Yaalon yang tetap meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Pertahanan dalam pakatan kerajaan baru Nentanyahu, mengugut Iran dengan serangan nuklear dan berjanji untuk membunuh kesemua rakyat termasuk kanak-kanak dalam peperangan dengan Lubnan atau Gaza kelak.

 

Ugutan ini bukanlah omongan kosong Israel kerana lihat saja apa yang berlaku terhadap Muhammad Abu Khudair yang dibakar oleh puak ekstrim Yahudi dan serangan terhadap rakyat Palestin di sepanjang jalanan Jerusalem sehingga ke kelakuan sadis dan penghapusan chauvinisme yang dipamerkan oleh tentera Israel Laknatullah terhadap Gaza.

Hal ini membuktikan semangat anti-Palestin telah tertanam dalam sanubari setiap rakyat Israel Laknatullah dan Obama telah menjamin kapasiti Israel dalam menjalankan misi pemusnahan tersebut.

 

 

Terjemahan oleh: Nurul Fitrah Abdullah

Sumber: Global Research

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Davutoğlu : Al-Aqsa Milik Kita Selamanya

Next Post

Rejim Israel Penjara Rakyat Palestin sebab Facebook

Related Posts
Skip to content