Perang Siber: Amerika Mahu Serang Balas

The-Great-Hack-Web

Berikutan kejadian yang telah berlaku awal minggu ini di mana sistem komputer Office of Personnel Management (OPM) telah dipecah masuk oleh penggodam, US Kongres Peter King berkata bahawa Washington perlu mengambil tindakan ke atas individu yang telah menggodam data yang mengandungi maklumat tentang 4 juta orang pekerja dan bekas pekerja kerajaan Amerika. Hal ini telah mengakibatkan sebahagian data dapat dipecah masuk oleh penggodam iaitu data kepada 2.7 juta orang pekerja serta 2 juta orang bekas pekerja kerajaan.

Pekerja kerajaan persekutuan Amerika mendakwa bahawa China adalah dalang di sebalik masalah ini. Ketika ditanya adakah Amerika perlu untuk membuat serang balas atas tindakan ini, King menjawab, “Saya percaya kita perlu mengambil tindakan,” katanya kepada Fox News. “Mereka perlu mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan,” kata beliau kepada Sunday. Sambung beliau, “Saya berasa kita tidak perlu menguar-uarkan apa yang kita lakukan. Tiada apa yang perlu diumumkan terlebih dahulu.”

“Kita sekarang sedang bercakap tentang negara bangsa. Sama ada kita bercakap tentang China atau tidak, berkemungkinan itulah perkara yang kita sedang berhadapan ketika ini,” tambah Republican.

Semasa persidangan akhbar pada Jumaat lalu, setiausaha akhbar White House Josh Earnest berkata kerajaan Amerika akan mengenakan sekatan ekonomi kepada penggodam berkenaan.

“Pada April lalu, dengan menggunakan kuasa eksekutif beliau, Presiden US telah menandatangani perintah eksekutif yang membenarkan Jabatan Bendahari untuk memiliki kuasa tambahan untuk menggunakan sekatan ekonomi sebagai hukuman  sama ada kepada mereka yang terlibat dengan perkara ini atau yang memperoleh keuntungan daripadanya,” kata beliau.

Menteri Luar China menyatakan bahawa tuduhan terhadap Beijing merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Tidak menjalankan penyiasatan yang lebih teliti dan sering menggunakan perkataan ‘mungkin’ merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak saintifik,” kata beliau lagi.

Sumber: Press TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PARTI AKP HILANG UNDI MAJORITI, PERLUKAN KERAJAAN CAMPURAN

Next Post

Yaman; Presiden Hadi Tidak Mahu Berdamai

Related Posts
Skip to content