Permian Global ketuai lelongan kredit karbon pertama keluaran Malaysia, bataskan pembangunan tanah dan sumber di Hutan Hujan Kuamut

Bursa Carbon Exchange (BCX) akan memulakan lelongan kredit karbon daripada projek Kuamut Carbon Financing yang diketuai Permian Global pada 25 Julai. Syarikat yang berpangkalan di United Kingdom, Permian Global mendapat konsesi 30 tahun untuk projek itu melalui kerjasama yang dimeterai dengan Jabatan Perhutanan Sabah pada 2021. Pada masa sama, projek itu menyebabkan pengelasan semula Hutan Hujan Kuamut daripada Kelas 2 – Hutan Simpan Komersial, yang membolehkan penuaian sumber dan hasil hutan bagi pembangunan ekonomi negeri kepada Kelas 1 – Hutan Simpan Perlindungan, yang menghalang aktiviti penuaian di Hutan Kuamut itu. – (Laporan Tahunan JPS 2021)

Pengelasan semula Hutan Hujan Kuamut mendapat sentuhan Permian Global sejak 2013. Pada 2013, Permian telah menjalankan kerja tinjauan untuk mengkaji potensi projek karbon di Hutan Kuamut selama 6 bulan. Manakala, pada 2016, Jabatan Perhutanan Sabah melantik Permian untuk melaksanakan aktiviti penghutanan semula di Hutan Kuamut. Susulan daripada siri projek karbon Permian, Jabatan Perhutanan Sabah telah menyatakan pengelasan semula Hutan Kuamut pada 2015 dan 2016 dalam laporan tahunannya pada tahun tersebut. – (Laporan Tahunan JPS 2015, Laporan Tahunan JPS 2016)

Projek Kuamut Carbon Financing meliputi 83,381 hektar hutan tropika di Daerah Tongod dan Kinabatangan, Sabah. Selain Jabatan Perhutanan Sabah, Permian juga bekerjasama dengan Rakyat Berjaya Sdn. Bhd dan Yayasan Sabah. Selain itu, projek itu juga mendapat sokongan daripada persatuan seperti PACOS Trust dan South East Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP). Dalam pada itu, Permian juga diberi kebebasan untuk menentukan harga jualan karbon dan menyediakan diskaun di bawah perjanjian yang dicadangkan.- (Bursa Carbon Exchange, The Edge)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sarawak ambil alih Pelabuhan Bintulu, dijangka beri kesan kepada eksport LNG Petronas

Next Post

Arab Saudi gagal dapatkan bekalan senjata moden daripada Amerika Syarikat, sekadar terima kelengkapan ketenteraan untuk logistik dan penyelengaraan

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content