7 Jun 2015, Ankara – Lebih 53.7 juta rakyat Turki yang layak mengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihanraya umum negara itu bagi memilih 550 ahli parlimen.
Pengundian bermula pada jam 8.00 pagi (waktu tempatan Turki).
Lebih 174,240 pusat mengundi dibuka sehingga jam 5.00 petang (waktu tempatan Turki). Tambahan juga, hampir sejuta rakyat Turki yang tinggal d luar negara telah mengundi di 122 pejabat kedutaan dan konsulat. Kutipan undian daripada 33 pusat-pusat undi di lapangan terbang dan sempadan akan dikumpul semasa pemilihan ditutup pada hari ini.
Pilihan raya ini dipantau oleh para pemerhati dari kumpulan-kumpulan bebas (civil society groups) dan wakil parti-parti politik dan juga pemerhati antarabangsa dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama (Organization for Security and Cooperation) di Eropah dan Council of Europe.
Pengundi kali ini bakal memilih parti yang akan membentuk kerajaan sekaligus menerajui Parlimen Turki.
Parti Justice and Development (AKP),yang telah membentuk kerajaan semenjak 2002 bakal menghadapi cabaran dan tentangan dari Republican People’s Party (CHP) , Nationalist Movement Party dan Parti Pro-Kurdish Peoples Democratic (HDP).
Parti AKP kali ini membawa inspirasi dalam membentuk kerajaan yang berbentuk Authoriti Presiden yang memberikan kuasa kepada Presiden dalam kuasa negara berbanding sistem parlimen sebelum ini.
Parti AKP memerlukan sebanyak 276 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan
dimana ini kelihatan sudah pasti,Parti AKP memerlukan sebanyak 330 kerusi dari 550 kerusi yang dipertandingkan bagi membolehkan mereka meminda perlembagaan Turki.
Sekaligus memberi ruang parti AKP mencapai hajat mereka untuk mengubah system parlimen Turki.
Sumber : AnadoluAgency