Global Infrastructure Partners (GIP) Rancang Beli Sehingga 49 Peratus Kepentingan Dalam MMC Port Holdings, Risiko Serah Infrastruktur Strategik Negara kepada Pengaruh Asing

Pada ketika ini, Global Infrastructure Partners (GIP) dikatakan sedang dalam perbincangan untuk membeli sehingga 49 peratus kepentingan dalam MMC Port Holdings yang kini dimiliki oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary. MMC Port mengawal tujuh pelabuhan di Malaysia iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Tanjung Bruas, Perkhidmatan SPT dan Pelabuhan Andaman. Kesemua pelabuhan ini terletak di Selat Melaka. (TheStraitsTime)

Ditubuhkan pada 2006, GIP yang berpangkalan di Amerika Syarikat menguruskan lebih daripada AS$100 bilion dalam aset dan mempunyai portfolio termasuk lapangan terbang Gatwick Britain, Pelabuhan Melbourne dan projek angin luar pesisir utama.  (TheStraitsTime)

Pada 12 Januari 2024, BlackRock dilaporkan memperoleh GIP dengan nilai AS$12.5 bilion. Perolehan ini akan meletakkan gergasi pengurusan aset itu di posisi strategik pelaburan dalam projek pelabuhan, kuasa dan infrastruktur digital di seluruh dunia. Berdasarkan trend semasa, dilaporkan bahawa agensi-agensi pelaburan dunia giat melabur dalam projek infrastruktur Asia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. (TheStraitsTime, Reuters)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia-China Rancang Jalin Kerjasama Teknologi bagi Pembangunan Bandar dan Rumah Pintar, Tambah Kebergantungan Negara kepada Teknologi China

Next Post

PowerChina-Semarak Memeterai Perjanjian Projek Hidrogen Bernilai RM1.88 Bilion di Perak, Tambah Penglibatan China dalam Projek Tenaga Boleh Baharu Negara

Related Posts
Skip to content