Projek-projek China di Pahang

PAHANG 

  • MCKIP- MALAYSIA CHINA KUANTAN INDUSTRIAL PARK[1]

 MCKIP merupakan ‘sister park’ China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (CMQIP) melalui kerjasama pelaburan dua hala. Ia terletak di kawasan ekonomi pantai Timur yang berhadapan Laut Cina Selatan justeru membuka lebih banyak peluang untuk membesarkan pasaran ASEAN, Asia Pasifik dan antarabangsa.

            Kewujudan pelabuhan Kuantan dan taman perindustrian ini bukan sahaja memudahkan lagi pelabur asing untuk meluaskan usaha mereka di kawasan yang lain, mereka juga mendapat kelebihan melalui pelbagai insentif yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.

            Pengerusi MCKIP Sdn Bhd, CEO serta Pengarah urusan IJM Corp Bhd, Datuk Soam Heng Choon berkongsi perkembangan MCKIP. Pelabuhan Kuantan akan bersambung dengan kilang besi dan kelulli milik Alliance Steel (M) Sdn Bhd yang dijangka siap pada akhir 2017. Lebih banyak kilang lain juga akan dibangunkan di kawasan tersebut. Beliau turut berkata bahawa kesemua projek ini tidak boleh dibangunkan pada masa yang sama. 

Jumlah pelaburan keatas MCKIP telah melebihi jangkaan RM10 bilion dengan tambahan dalam pempaipan terutamanya dari China. Antaranya adalah syarikat Alliance Steel yang melabur RM5.6 bilion bagi pembinaan kilang keluli, Guangxi Zhongli Enterprise Group Co yang melabur RM2 bilion bagi pembinaan kilang porselin dan LJ Hightech Material Sdn Bhd yang melabur RM1 bilion bagi mengeluarkan panel konkrit. Sebuah pelaburan bagi pengeluaran panel solar juga dijangka akan dibuat ke atas MCKIP.

        Soam mengatakan bahawa kebimbangan ke atas lebihan bekalan dan krisis di China telah menggalakkan pelaburan asing. Pelabur China sedang mencari pasaran yang lebih besar di ASEAN melalui pelaburan mereka di MCKIP. Permintaan mereka yang tinggi untuk tanah telah meluaskan tanah MCKIP dari 1,400 ekar kepada 3,000 ekar. Pelabuhan Kuantan yang berhadapan Laut Cina Selatan itu hanya mengambil masa dua ke tiga hari untuk penghantaran barang melalui laut antara Malaysia dan Cina.      


Projek dalam MCKIP

  • Kilang Keluli Bersepadu di Taman Perindustrian Malaysia- China Kuantan[2]

Kilang pengeluaran keluli yang dikerjakan oleh Alliance Steel (M) Sdn Bhd dijadualkan untuk siap dalam tempoh masa 120 hari bekerja. Ia dijangka untuk membekalkan 3,500 peluang pekerjaan. Projek yang bernilai RM5.6 bilion ini menjadikan syarikat tersebut sebagai pelabur perseorangan yang terbesar di ECER.

  • Kemudahan Pengeluaran Komponen Aluminium[3]

MCKIP menerima pelaburan bernilai RM580 bilion daripada Guangxi Investment Group Co Ltd bagi membina kemudahan pengeluaran komponen aluminium. MCKIP yang dikenali sebagai destinasi pelaburan yang cepat membesar dan berdaya saing akan diluaskan sebanyak 800 ekar dari saiz asalnya dan menjadi 3,060 ekar.

  • Pusat Pengeluaran Panel Konkrit Berteknologi Tinggi Dan Serbuk Getah

MCKIP menerima pelaburan bernilai RM1 bilion daripada LJ Hightech Material Sdn Bhd bagi pengeluaran panel konkrit berteknologi tinggi dan serbuk getah. Perluasan ini dikatakan akan menjadikan Kuantan sebagai lokasi strategik yang berdekatan China. Ia bakal menarik lebih banyak pelaburan and aktiviti pertukaran di ECER Zon Ekonomi Istimewa termasuk MCKIP.  

  • Projek Penghasilan sel solar Kristal dan Modul dalam Kawasan Perindustrian Kuantan Malaysia-China

MCKIP dijangka akan menerima satu lagi pelaburan dari China bagi mengeluarkan panel solar di kawasan tersebut. Ini adalah contoh pelaburan yang bakal berterusan diterima oleh MCKIP setelah pelbagai pelabur China lain menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat mereka. Kesemua ‘plant’ ini berkait antara satu sama lain dan membentuk sebuah bandar perindustrian yang berintegrasi.

  • Projek Kilang Pulpa Dan Kertas Menggunakan Tandan Buah Kelapa Di Green Technology Park Di Pekan, Pahang [4].

Sebuah syarikat pencetakan dan penghasilan, BHS Industries Bhd telah menandatangani satu memorandum perjanjian bersama China Nuclear Inductry Huaxing Construction Co Ltd (HXCC) untuk membangunkan Green Technology Park (GTP) di Pekan, Pahang termasuk stesen kuasanya dan kemudahan tambahan yang lain. HXCC merupakan anak syarikat China Nuclear Engineering Group Corporation, sebuah syarikat pengurusan negeri. 

Projek ini melibatkan sebuah kilang yang mampu mengeluarkan 100,000 tan metrik kertas liner kotak dan 120,000 tan metrik kertas beralun serta sebuah kilang lain yang mampu mengeluarkan 65,000 tan metrik kertas tisu.      

Pengarah Urusan BHS, Datuk Lim Thiam Huat mengatakan tumpuannya kepada penggunaan efisien kelapa sawit dan generasi tenaga hijau yang berterusan bagi menghasilkan produk mesra alam sekitar. Ia akan menukarkan hasil buangan kelapa sawit kepada kegunaan lain. BHS direkodkan mengalami kerugian dalam usahanya untuk menggunakan teknologi hijau sebelum ini.

Projek-projek lain yang berjalan di Pahang

Kontrak Memperdalamkan Sungai Pahang[5]

Bagi menangani masalah banjir yang sering kali berlaku di negara ini, kerajaan negeri Pahang telah memberi tanggungjawab mendalamkan sungai Pahang kepada Syarikat Gegaran Alam Sdn Bhd. Projek yang akan mengambil masa 40 tahun  ini akan dilakukan secara tiga peringkat di mana kebolehan syarikat tersebut untuk menjalankan tanggungjawab ini akan dinilai selepas fasa pertama iaitu pada 15 tahun yang pertama.

Bagi melaksanakan projek ini, Syarikat Gegaran Alam Sdn Bhd, diwakili oleh Pengarah Urusanya, Ng Yit Seng telah bekerjasama dengan China Malaysia (Pahang) Project management Company Limited yang diwakili oleh Pengarah Urusannya Zhang Shi Jun melalui penandatanganan satu memorandum persefahaman.

Proses pendalaman atas kerjasama dengan syarikat dari Beijing tersebut melibatkan kawasan hulu Sungai Pahang, Sungai Jelai, Sungai Nipis, Sungai Kenau dan sebahagian Sungai Kuatan yang berukuran sepanjang 272 km.

Kos yang bernilai RM500 juta bagi menjalankan projek ini tidak akan ditanggung oleh kerajaan negeri tetapi sebaliknya oleh kedua-dua syarikat tersebut. Segala hasil seperti pasir dan bahan mineral yang dikorek boleh dijual bagi tujuan menampung kos perkhidmatan dan situasi sama-sama menang.   

Kuantan Water Front[6]

Kuantan Waterfront Resort City yang bernilai RM15 bilion akan dibangunkan oleh Bina Puri Holdings Bhd dan CCCC Dredging (Group) Co Ltd dalam tempoh masa 10 tahun. Kedua-dua syarikat akan memegang jumlah saham yang sama banyak dalam projek ini. Projek ini mempunyai empat fasa dimana waterfrontnya akan dibangunkan oleh Bina Puri dan kerja-kerja pemilikan semula akan dilakukan oleh CCCC Dredging.

Projek ini berukuran 500 ekar dan bertapak sejauh dua kilometer dari bandar Kuantan. Ia terdiri daripada pembangunan kediaman, komersial, pendidikan dan kemudahan pelancongan perubatan. Sebanyak 70% daripada fasa pertama daripada empat fasa projek tersebut telah dibeli oleh kebanyakan penduduk pantai Timur.          

East Coast Rail Line (ECRL)

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, China akan memberi RM55 bilion pinjaman kepada Malaysia melalui Bank Exim bagi membina East Coast Rail Line (ECRL). Malaysia akan terikat dengan pembayaran semula kepada Cina selama 20 tahun.[7].

Selain dari pinjaman kewangan, China juga akan menjalankan kerja kejuruteraan dan rekaan, menyediakan kesemua bahan dan peralatan serta menghantar fasiliti tersebut ke Malaysia. [8].  

Perjanjian ini akan membawa lebih banyak hubungan dua hala antara China dan Malaysia pada masa akan datang. Projek ECRL ini akan melibatkan negeri-negeri pantai Timur seperti di Pahang, Kelantan dan Terengganu dan akan menghubungkan Pelabuhan Klang, Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat.

Untuk mengetahui Projek-projek China di negeri-negeri lain di Malaysia, anda boleh dapatkan buku “PenChinaan Malaysia: Persepsi atau realiti?”. Tempahan awal boleh dibuat di sini 

Sumber:

[1]  MCKIP-Kuantan Port Consortium. (2016). Kuantanport. Retrieved 15 November 2017, from   http://www.kuantanport.com.my/en_GB/industrial-area/mckip/

[2] Investors From China Visit Malaysia-China Kuantan Industrial Park (Mckip) And Kuantan Port : Piling works   for RM5.6 bilion production facility for Alliance Steel kicks off. (2016). Ecerdc. Retrieved 15 November      2017, from http://www.ecerdc.com.my/en/media_releases/investors-from-china-visit-malaysia-china-          kuantan-industrial-park-mckip-and-kuantan-port-piling-works-for-rm5-6-bilion-production-facility-for-        alliance-steel-kicks-off/

[3] ibid

[4] Mahpar, M. (2016). BHS Industries, Chinese firm to develop RM2bil Green Technology ParkThe Star Online.                Retrieved 15 November 2017, from https://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/11/01/bhs-  industries-and-chinese-firm-to-build-power-station-in-pekan/

[5] Bernama. (2016). Projek mendalamkan sungai di Pahang ambil tempoh 40 tahunAstroawani. Retrieved 15       November 2017, from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/projek-mendalamkan-sungai-di-pahang-       ambiltempoh-40-tahun-122718

[6]  Bernama. (2016). Projek mendalamkan sungai di Pahang ambil tempoh 40 tahunAstroawani. Retrieved 15      November 2017, from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/projek-mendalamkan-sungai-di-pahang-       ambil-tempoh-40-tahun-122718

[7] China to pour in bilions for rail project. (2016). The Star Online. Retrieved 15 November 2017, from   http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/11/01/china-to-pour-in-bilions-for-rail-project-  engineeringandconstruction-contract-will-also-be-signed/

[8] EAST COAST RAIL LINE (ECRL) PROJECTOfficial Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)         Website. Retrieved 15 November 2017, from http://www.spad.gov.my/land-public-transport/rail/east-coast-  rail-line-ecrl-project

[9] Tan, S. (2016). Kuantan industrial park gaining traction, says IJMEdgeprop. Retrieved 15 November 2017,     from https://www.edgeprop.my/content/877125/kuantan-industrial-park-gaining-traction-says-ijm

[10] Hamid, A., & Kaur, S. (2016). IJM: Kuantan Port upgrade crucialNST Online. Retrieved 15 November 2017, from https://www.nst.com.my/news/2016/04/137613/ijm-kuantan-port-upgrade-crucial

[11] Investors From China Visit Malaysia-China Kuantan Industrial Park (Mckip) And Kuantan Port : Piling works for RM5.6 bilion production facility for Alliance Steel kicks off. (2016). Ecerdc. Retrieved 15 November      2017, from http://www.ecerdc.com.my/en/media_releases/investors-from-china-visit-malaysia-china-          kuantan-industrial-park-mckip-and-kuantan-port-piling-works-for-rm5-6-bilion-production-facility-for-        alliance-steel-kicks-off/

[12] Investors From China Visit Malaysia-China Kuantan Industrial Park (Mckip) And Kuantan Port : Piling works for RM5.6 bilion production facility for Alliance Steel kicks off. (2016). Ecerdc. Retrieved 15 November                  2017, from http://www.ecerdc.com.my/en/media_releases/investors-from-china-visit-malaysia-china-            kuantan-industrial-park-mckip-and-kuantan-port-piling-works-for-rm5-6-bilion-production-facility-for-         alliance-steel-kicks-off/

[13] MCKIP-Kuantan Port Consortium. (2016). Kuantanport. Retrieved 15 November 2017, from http://www.kuantanport.com.my/en_GB/industrial-area/mckip/

[14] Rafee, H. (2017). MCKIP secures RM19b in investments, targets another RM10b this yearEdgeprop. Retrieved             30 November 2017, from https://www.edgeprop.my/content/1041295/mckip-secures-rm19b-investments-  targets-another-rm10b-year

[15] Bernama. (2016). Projek mendalamkan sungai di Pahang ambil tempoh 40 tahunAstroawani. Retrieved 15       November 2017, from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/projek-mendalamkan-sungai-di-pahang-       ambiltempoh-40-tahun-122718

[16] Tee, L. (2017). Flushed with construction jobsThe Star Online. Retrieved 15 November 2017, from    http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/03/11/flushed-with-construction-jobs/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pelabuhan Gwadar berpotensi menjadi pangkalan tentera China

Next Post

China peroleh tanah lebih banyak daripada SHTI

Related Posts
Skip to content