Turki Berhimpun Membantah Tindakan China

Perhimpunan yang dijalankan di Kocaeli
Perhimpunan yang dijalankan di Kocaeli

 

Ankara, 2 Julai – Masyarakat Turki berhimpun di kebanyakan tempat awam bagi membantah tindakan China yang meletakkan polisi ketat ke atas Muslim Uighur dan memohon Turki mengkaji semula perjanjian ekonomi dan politik dengan China serta mencadangkan untuk mula memboikot barangan China.

Protes Anti-China berterusan di seluruh Turki buat hari kedua bagi menuntut China untuk memberhentikan diskriminasinya terhadap Muslim Uighur.

Protes tersebut berlaku sejurus Menteri Luar Turki menlahirkan ‘’rasa kebimbangan yang mendalam’’ terhadap laporan bahawa Beijing telah mengenakan larangan berpuasa ke atas Muslim Uighur semasa di bulan Ramadhan ini, pada Selasa lalu.

Menteri Luar Turki turut mengatakan secara umumnya, masyarakat turut berkongsi rasa sedih apabila mendapat laporan bahawa Uighur-Turki dilarang untuk berpuasa dan menjalankan tanggungjawab agama yang lain.

Perhimpunan bermula semasa dan selepas waktu berbuka dengan orang ramai memenuhi jalan-jalan, memegang sepanduk, melaungkan slogan, diakhiri dengan kenyataan media dan solat jenazah ghaib buat Muslim Uighur yang terbunuh akibat tekanan daripada China.

Di daerah Tarabya, Istanbul pula, rumah Kedutaan China menjadi tempat bantahan terbesar setakat ini dengan beratus-ratus pemuda Parti AK (AKP) – parti yang memperjuangkan hak Muslim – berbuka dan berhimpun diluar bangunan.

Manakala, Pengerusi Persatuan Pembela Hak Asasi Manusia Ali Akbas di bandar barat Kocaeli telah menyeru agar menjalankan langkah ekonomi di mana dunia Muslim sepatutnya mula memboikot dan berhenti membeli barangan China, mengkaji semula perjanjian ekonomi dan politik Turki-China kecuali China ‘’menghentikan penyeksaannya ke atas Muslim Uighur’’.

Rabu lalu jurucakap Menteri Luar China pula telah berkata bahawa keprihatinan Turki telah diambil kira dan menuntut penjelasan daripadanya serta mahu hubungan dua hala Beijing dan Turki dapat berjalan dengan baik atas dasar saling menghormati antara satu sama lain.

Muslim Uighur dipercayai salah satu suku Turki yang majoriti mendiami wilayah Xinjiang sebanyak 45% dan menuduh China telah menjalankan polisi ketat yang menghalang aktiviti keagamaan, komersial dan kebudayaan mereka.

 

Penterjemah: Nurul Fitrah Abdullah

Sumber  : Anadolu Agency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kashmir : Tentera India cabul hak asasi

Next Post

Wilayah Muslim Uighur Dilanda Gempa Bumi

Related Posts
Skip to content