Rejim Israel Penjara Rakyat Palestin sebab Facebook

Aktivis Palestin dipenjara rejim Israel atas tuduhan berkait dengan hasutan dan 'menyokong keganasan' ke atas Israel
Aktivis Palestin dipenjara rejim Israel atas tuduhan berkait dengan hasutan dan ‘menyokong keganasan’ ke atas Israel

Baitul Maqdis – Iyab Shalabi hanya dibenarkan melawat sekali ayahnya, Omar yang meringkuk dalam penjara sejak Disember lalu, apabila beliau dan 8 lagi rakyat Palestin ditahan oleh Israel kerana post dan komen yang ditulis mereka di Facebook dan laman-laman sosial lain.

“Beberapa bulan sudah berlalu, sebenarnya sebelum ini mereka sudah pun berikan saya permit untuk melawat,” kata Iyab,22 kepada Al-Jazeera. “Ibu saya pula, mereka tak benarkan langsung untuk lawat ayah saya sehingga sekarang.”

Awal bulan ini, Omar, 44, dijatuhi hukuman sembilan bulan dalam penjara Israel atas tuduhan hasutan dan “menyokong keganasan” ke atas rejim Israel. Beliau adalah bekas Setiausaha Agung Fatah cabang Baitul Maqdis, parti politik Palestin yang menguasai Tebing Barat Palestin.

“Sangat jelas dari awal lagi, bahawa ayah saya memang sudah disasarkan kerana beliau seorang aktivis berpengaruh dan mempunyai banyak sokongan dan dihormati dalam masyarakat,” tambah Iyab.

Mahkamah juga ada menyebut beberapa status yang ditulis Shalabi di Facebook tentang Muhammad Abu Khudair, seorang remaja Palestin berumur 17 tahun yang diculik dan dibakar hidup-hidup oleh orang Israel di Baitul Maqdis pada Julai lepas. Beliau telah menulis status yang menyokong tindakan rakyat Palestin yang menyerang tentera Israel dan orang awam Israel atas sebab itu.

Iyab menafikan dakwaan bahawa apa yang ditulis oleh ayahnya di Facebook menimbulkan sebarang ancaman kepada keselamatan Israel. “Mereka tidak mempunyai sebarang bukti nyata bahawa ayah saya mengundang bahaya kepada keselamatan orang lain,” jelas beliau. “Sudah tentu, ini adalah penindasan dan diskriminasi. Semua orang menulis pendapat mereka di Facebook.”

Iyab dan keluarganya cukup bimbang dengan keadaan ayahnya,apabila beliau menjelaskan kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh kebanyakan rakyat Palestin yang dipenjara rejim Israel.

 

Ironi dan Hipokrit

Pada 19 Mei, hanya seminggu lebih selepas Shalabi dijatuhi hukuman, mahkamah majistret Israel di Baitul Maqdis memutuskan bahawa Sami Deis akan menghabiskan lapan bulan dalam penjara. Mahkamah yang menyifatkan beberapa posting Facebook sebagai ‘hasutan’.

Page Facebook Deis – bertajuk ‘Death to Israel‘ – termasuk beberapa posting yang didakwa lantang menyeru keganasan terhadap Israel, termasuk ke atas tentera dan penduduk Yahudi. Page tersebut mempunyai beberapa pengikut (followers) dan memuatkan tulisan-tulisan berbaur keganasan jarang menerima likes, menurut laporan media Israel.

Deis,27, seorang penduduk di kejiranan Shuafat di Baitul Maqdis Timur, mengaku bersalah sebagai sebahagian dari tawaran rayuan. Namun begitu, hakim menjatuhkan hukuman keras sembilan bulan. ‘Defendan dituduh membunuh, dan mendorong orang lain melakukan hal yang sedemikian,’ kata Hakim Shmuel Herbst dalam kenyataan keputusan hukuman. ‘Tiada keraguan dengan niatnya, dan antara kenyataan beliau, tiada yang boleh ditafsirkan dengan cara lain.’

Ketegangan semakin dahsyat sejak beberapa bulan lalu di sekitar Baitul Maqdis, yang menempatkan lebih 815,000 Israel Yahudi dan lebih 300,000 rakyat Palestin. Dari sejumlah 5820 Palestin dpenjarakan, sekurang-kurangnya 460 adalah penduduk Timur Baitul Maqdis, menurut satu kumpulan hak asasi banduan/tahanan (berpusat di Ramallah Addameer).

 

Talam Dua Muka

Jurucakap polis, Israel Micky Rosenfeld mempertahankan tindakan keras ke atas pengguna media sosial berwarganegara Palestin, dengan mendakwa bahawa hasutan anti-Israel dalam talian semakin meningkat kebelakangan ini. ‘Kita telah melihat banyak hasutan, bukan sahaja di peringkat jalan tetapi di peringkat kerajaan oleh pihak berkuasa Palestin,’ Rosenfeld berkata kepada Al-Jazeera.

“Bagi pihak polis, apabila kita melihat tindakan sebegitu di laman sosial, dan apabila kita melihat semua jenis komen ekstrimis dan panggilan anti-Israel untuk keganasan, kami terpaksa campur tangan.”

Rosenfeld berkata lagi, “posting Facebook juga bertepatan dengan tercetusnya serangan rakyat Palestin di Israel di Baitul Maqdis, sambil merujuk pada kejadian pada Rabu lepas apabila sebuah kereta rakyat Palestin melanggar dua pegawai polis sempadan Israel, di kejiranan al-Tur. ‘Individu yang telah ditembak dan dibunuh minggu ini mempunyai hubungan dengan Hamas, yang kita hanya dapat mengetahui dari akaun Facebook beliau,” Rosenfeld berkata.

 

Diskriminasi

Mousa Rimawi, Pengarah Pusat Media Kebebasan dan Pembangunan Palestin (MADA), mengatakan bahawa tangkapan-tangkapan dibuat pada satu masa “apabila pihak berkuasa Israel yang memantau perkembangan media sosial dengan teliti dan mensasarkan rakyat Palestin.”

“Kami mendapati bahawa dalam beberapa bulan yang lalu, ramai ditangkap kerana menyatakan pandangan mereka di media sosial,” Rimawi memberitahu Al Jazeera, sambil menambah bahawa dalam banyak kes rakyat Palestin ditahan kerana ‘ungkapan politik yang sah dan tiada hasutan’.

Rimawi mendakwa pelaksanaan undang-undang rejim Israel adalah diskriminasi “kerana terdapat banyak isu perkauman melampau dan ganas di laman Facebook orang-orang Israel yang tidak menyebabkan apa-apa hukuman atau tangkapan’.

Jun 2014, tentera Israel mencari tiga remaja Israel yang diculik di selatan Tebing Barat, laman-laman Facebook mereka menyeru bertindak untuk menyerang seorang rakyat Palestin yang dilabel sebagai ‘pengganas’ pada setiap jam sehingga remaja yang diculik itu dipulangkan. Laman tersebut menerima lebih 16,000 likes. Tiada tangkapan telah dilaporkan bahawa halaman atau kumpulan Facebook yang sama, Rimawi mengulas.

Tambahnya, sifat ‘double standard’ ini, juga meliputi bantahan dan acara-acara lain. Ahad lalu, Israel berarak melalui Kota Lama, Baitul Maqdis, yang menjadi tempat kediaman kebanyakan rakyat Palestin, untuk menandakan ‘Jerusalem Day’, hari yang meraikan 1967 pendudukan Israel di Baitul Maqdis Timur.

Seminggu sebelum perarakan tersebut, Mahkamah Tinggi Israel menolak rayuan dua pertubuhan bukan kerajaan untuk menghalang Israel daripada berarak melalui kawasan penduduk Muslim di Kota Lama. Walaupun mahkamah dianggap membenarkan mereka berarak melalui kawasan itu, ia juga menuntut polis menguatkuasa dasar ‘toleransi sifar’ untuk laungan anti-Arab dan menghasut, sambil menambah bahawa sesiapa yang melaungkan “Death to Arabs!” perlu ditangkap.

Semasa perarakan, ratusan penunjuk perasaan Israel tetap melaungkan slogan tersebut. “Death to Arabs!” Banyak rakaman yang menunjukkan laungan tersebut dibiarkan tanpa campur tangan polis. “Muhammad adalah homo,” Yang lain menyanyi, sambil merujuk kepada Muhammad (saw). Beberapa rakyat Palestin ditahan ketika perarakan Jerusalem Day dalam pertempuran dengan polis.

Iyab Shalabi menguatkan komen Rimawi ini. “Terdapat banyak group Israel di Facebook menyeru orang-orang Arab untuk dibunuh, tetapi tiada apa yang berlaku (tiada tangkapan atau hukuman),” katanya. “[Israel] mahu rakyat Palestin untuk diam dan tidak bersuara, sebagai menerima pendudukan Israel. Mereka cuba untuk menyampaikan mesej bahawa mana-mana rakyat Palestin – sama ada dari Hamas, Fatah atau Popular Front [bagi Pembebasan Palestin] – boleh ditangkap.”

Penangkapan – penangkapan yang dibuat adalah sebagai “cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat Palestin”, Iyab menyimpulkan: ‘Apabila bapa saya keluar dari penjara, saya pasti beliau akan terus bergerak dan berjuang.’

Sumber : AlJazeera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Obama Hadiahkan Israel Senjata Berharga USD 1.9 Billion Atas Kerajaan Rasis Israel Yang Baru

Next Post

Israel Punca Amerika Tolak Dokumen Pelucutan Senjata Nuklear

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content