Donald Trump Bertanding Jawatan Presiden

trump

Pemilik hartanah dan personaliti televisyen,Donald Trump berkata pada Selasa lalu bahawa beliau merupakan salah seorang calon Republik yang akan bertanding dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2016.

“ Saya akan menjadi presiden terbaik yang pernah dicipta oleh Tuhan,” kata Trump dalam ucapan pelancaran di Trump Tower, Manhattan.

Jutawan lantang yang dilihat memiliki peluang tipis untuk memenangi penamaan tersebut semestinya akan merancakkan lagi prosiding dengan penyertaan beliau dalam kumpulan besar calon Republik yang berlumba-lumba untuk jawatan presiden.

Seramai 11 orang calon Republik yang mengumumkan untuk bertanding dalam pilihan raya November akan datang, yang terbaru adalah bekas Gabenor Florida, Jeb Bush yang mebuat pencalonan pada Isnin lepas.

Trump, 69 tahun, yang memilki beberapa rangkaian hotel dan rancangan realiti “The Celebrity Apprentice” di saluran NBC, diwar-warkan menyertai pilihan raya lepas tetapi memutuskan untuk tidak bertanding.

Trump menduduki tangga ke-12 dalam undian atas talian Reuters daripada sejumlah 13 calon Republik, sama ada yang telah ataupun akan mengumumkan pencalonan mereka. Bush telah mendahului undian tersebut.

Dalam tinjaun yang lain, Trump mendapat undian negatif yang tinggi dengan lebih daripada 50 peratus rakyat Amerika berkata mereka tidak akan mengundi beliau sebagai presiden.

Sumber: GulfNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Morsi, Qaradawi Dihukum Mati

Next Post

Rohingya : Suu Kyi Terus Berdiam Demi Kepentingan Politik

Related Posts
Skip to content