Islam Bakal Mendominasi China

ChineseMuslimWomen

Satu laporan PEW menjangkakan pada tahun 2050, populasi Islam akan membesar seperti populasi Kristian. Islam adalah agama yang paling popular dalam kalangan pemuda di China.

Kajian Agama China 2015 yang dijalankan National Survey Research Center di School of Philosophy di Universiti Renmin telah dikeluarkan pada Selasa lalu. Ia mengandungi temu ramah yang melibatkan 31 wilayah melalui 4,382 rumah ibadat antara tahun 2013 dan 2015. Hasil kajian tersebut menyebelahi laporan PEW. Kajian tersebut meliputi lima agama yang menonjol di China : Protestantisme, Buddhisme, Katolisme, Islam dan Taoisme. Didapati Protestantisme mempunyai rumah ibadat terbanyak dan Buddhisme mempunyai paling ramai penganutnya di China.

Hasil Kajian Agama

Hasil kajian mencatatkan Islam mengumpul sebanyak 22.4% populasi manakala Katolisme, hampir 22% populasi di mana kedua-duanya mencatatkan hampir mempunyai 30 pengikut di China dan Islam mendominasi angka ini. Buddhisme pula mempunyai lebih daripada 60 pengikut dengan populasi sebanyak 54.6% dengan diikuti Taoisme sebanyak 53.8%.

Menurut ketua kajian tersebut yang merupakan tenaga pengajar Buddisme Universiti Renmin, Wei Dong memberitahu Islam mempunyai demografik yang lebih muda kerana wanita Islam berkecenderungan untuk melahirkan anak yang ramai. Kanak-kanak adalah Muslim yang sedang membesar berbanding beberapa orang dewasa yang masuk dan keluar daripada Islam. Ia menjadikan Islam mempunyai pertumbuhan yang konsisten.

Kajian turut menunjukkan agensi kerajaan telah melawat pelbagai tempat ibadat yang dibuat ketika festival, acara atau konflik bagi membantu komunikasi antara penganut-penganut agama dengan kerajaan. Setiap tahun Jabatan United Front Work dan Pentadbiran Hal Ehwal Agama Negeri melawat hampir  2 hingga 4 kali, manakala kebanyakan penganut melawat kedua agensi tersebut hampir 4 kali setiap tahun. Angka ini menunjukkan kesediaan untuk berkomunikasi secara terbuka dan mengeratkan lagi hubungan kerajaan dengan pertubuhan keagamaan. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa kekangan yang dikenakan ke atas setiap agama tersebut.

Konflik terbaru

Ramadhan lepas, wilayah Xinjiang yang didominasi penganut Islam, telah dikenakan larangan yang melarang kesemua kanak-kanak, guru dan penjawat awam daripada berpuasa termasuklah tradisi yang lain. Tambahan lagi, penganut Vatikan juga telah berusaha untuk membaiki hubungannya dengan China sejak Persatuan Patriotik Katolik China telah disekat oleh kerajaan daripada berkuasa ke atas agama Katolik.

 

Terjemahan: Nurul Fitrah Abdullah

Sumber : World Religion News

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perjanjian Nuklear Iran

Next Post

Tebing Barat: Pemuda Palestin Dibunuh Israel

Related Posts
Skip to content