Turki tidak perlu memohon maaf kepada Rusia

russian-Su-24-airforce-jet

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berkata Ankara tidak perlu memohon maaf kerana menjalankan tugas mereka.

“ Pertahanan sempadan, ruang udara bukan sahaja hak kami malah itu adalah tugas kami, kami meminta maaf kerana melakukan kesalahan namun tidak akan meminta maaf kerana menjalankan tanggungjawab kami”

Kenyataan Davutoglu dibuat di dalam satu kenyataan media bersama Secretary-General of the North Atlantic Treaty Organisation (NATO), Jens Stoltenberg di ibu pejabat NATO di Brussels berikutan pertemuan diantara kedua-dua ahli politik itu.

Davutoglu berkata pertemuan bersama Stoltenberg itu mendatangkan hasil yang memberansangkan dan diantara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan insiden tembak jatuh pesawat Rusia SU-24.

Davutoglu berkata, ruang udara Turki perlu dihormati dan ruang udara Turki adalah kedaulatan Turki.

Davutoglu menyampaikan perasaan keterbukaan Turki untuk berdialog bersama Rusia di semua peringkat dan menekankan bahawa Turki tidak mahu untuk perkara ini berlanjutan dan semakin meruncing.

Beliau juga menekankan keperluan untuk mengkordinasi aktiviti kedua-dua pakatan yang berada di dalam ruang udara yang sama menentang Daesh.

Diterjemah oleh : Amirul Asyraf
Sumber: Middle East Monitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Putin, Rusia sekutu atau seteru Israel?

Next Post

Rusia meluluskan sekatan ekonomi terhadap Turki

Related Posts
Skip to content