Konflik Sempadan Turki : Lebih 2000 Tindakan Ganas oleh PKK sepanjang 2015

Kurdistan-Workers-Party-PKK-fighters-stand-in-formation

Parti pengganas Kurdistan Workers’ Party (PKK) telah terlibat sebanyak lebih daripada 2,000 jenayah di seluruh Turki pada tahun 2015, kenyataan ini dikeluarkan oleh maklumat sekuriti.

Statisitik menunjukkan bahawa gerakan ini telah melancarkan sebanyak 2,099 keganasan di Turki sejak awal 2015.

Kegiatan ini termasuklah serangan bersenjata terhadap polis dan penduduk, menyerang dengan menggunakan batu serta kayu, serangan bom, dan juga kes menyamun dan menculik.

Pengganas-pengganas ini juga telah membakar sekurang-kurangnya 31 kenderaan pada minggu lalu dan melibatkan kematian polis Turki di Sanliurfa, Diyarbakir dan daerah Kilis.

Pada 22 Julai, 2 orang pegawai polis dijumpai mati ditembak di kediaman mereka yang terletak di Ceylanpinar, Sanliurfa.

Sehari kemudian, seorang lagi anggota pegawai polis ditemui terbunuh di dalam serangan bersenjata yang berlaku di Diyarbakir.

Pada 24 Julai, aktiviti penculikan dilakukan ke atas seorang pegawai polis semasa beliau sedang dalam perjalanan dari Mardin ke Mus bersama keluarganya semasa menggunakan lebuh raya Diyarbakir-Bingol.

PKK juga turut mensabotaj jalan raya dan kenderaan di pelbagai kawasan di timur-barat Turki.

PKK merupakan gerakan yang telah dianggap dan dilabelkan sebagai kumpulan pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat (AS), dan Kesatuan Eropah.

Kerajaan Turki telah melancarkan inisiatif pada awal 2013 yang dikenali sebagai “proses solusi”, bagi mengakhiri konflik yang telah lama berlaku dengan PKK, yang telah melibatkan nyawa seramai lebih daripada 40,000 orang tergadai selama lebih dari 40 tahun.

Pihak polis telah menahan seramai 320 orang suspek yang terlibat dengan kegiatan kumpulan pengganas ini di 22 daerah Turki pada minggu lepas.

20150725_PKK-Attacks
Kredit : AnadoluAgency

Penterjemah : Khadijah Hanim Zulhaimi
Sumber : MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Nilai Dolar Australia Jatuh Lebih Rendah dari Dolar Singapura Buat Pertama Kali sejak 2009

Next Post

Palestin : Penghapusan Etnik di Susiya

Related Posts
Skip to content