Sarawak ambil alih Pelabuhan Bintulu, dijangka beri kesan kepada eksport LNG Petronas

Sarawak bakal selarikan tarif di Pelabuhan Bintulu dengan enam pelabuhan terbesar lain dibawah entiti baharu yang dikenali sebagai Lembaga Pelabuhan Sarawak. Petronas yang juga merupakan pelanggan terbesar pelabuhan itu dan pemegang saham kedua terbesar dalam Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) berisiko terjejas daripada kenaikan kos tarif.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah telah menyatakan perancangan untuk meletakkan enam pelabuhan Sarawak meliputi Bintulu, Kuching, Rajang, Miri, Tanjung Manis dan Samalaju dibawah satu entiti tunggal sejak Mei tahun lepas. Menurutnya, Lembaga Pelabuhan Sarawak akan ditubuhkan untuk mengawal selia, menyelaras pengurusan, operasi, perancangan dan pembangunan semua pelabuhan. – (Malay Mail)

Pada ketika ini, Pelabuhan Bintulu mengenakan caj sebanyak RM207.50 bagi setiap unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) untuk kontena tempatan, berbanding RM335/TEU yang dicaj oleh Pelabuhan Samalaju. Perbezaan tarif sebanyak 38 peratus itu kekal sejak Pelabuhan Bintulu diswastakan pada 1993 di bawah Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990. – (Kenanga, Lembaga Pelabuhan Bintulu)

Setakat 31 Mac, Petronas menguasai 28.52 peratus pegangan dalam BPHB, mengatasi Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak yang mempunyai pegangan sebanyak 26.67 peratus. Walau bagaimanapun, kerajaan Sarawak masih dominan melalui pegangan secara tidak langsung anak syarikat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Equisar Assets Sdn Bhd dalam BPHB sebanyak 15.04 peratus. – (BPHB)

Dalam pada itu, anak syarikat Petronas dalam sektor gas asli cecair seperti Malaysia LNG Sdn. Bhd. dan Petronas LNG Ltd merupakan pelanggan terbesar Pelabuhan Bintulu. Pelabuhan itu ketika ini merupakan terminal tunggal eksport gas asli cecair (LNG) di Malaysia dan salah satu yang terbesar di dunia dengan kapasiti untuk mengendalikan 34 juta tan LNG setahun. – (Annual Report BPHB)

Terdahulu, Dewan Rakyat pada 17 Julai telah meluluskan dua rang undang-undang (RUU) berkaitan Pelabuhan Bintulu iaitu Rang Undang-undang Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 yang memastikan penurunan kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga Pelabuhan Bintulu kepada kerajaan negeri Sarawak dan Rang Undang-undang Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 bagi pertukaran status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan Persekutuan kepada pelabuhan negeri. – (Utusan Borneo)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Filipina bangunkan lapangan terbang di Pulau Thitu, Selepas beri akses Amerika Syarikat kepada infrastruktur strategiknya di Laut China Selatan

Next Post

Permian Global ketuai lelongan kredit karbon pertama keluaran Malaysia, bataskan pembangunan tanah dan sumber di Hutan Hujan Kuamut

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content