Sarawak peruntuk tambahan RM2.36 juta kepada sekolah Mubaligh Kristian, menjadikan RM20 juta secara keseluruhan tahun ini

Masyarakat Kristian di Sarawak terus mendapat perhatian kerajaan negeri melalui bantuan yang berterusan kepada sekolah-sekolah mubaligh dan pembangunan institusi bukan Islam di negeri itu.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom semalam menyerahkan peruntukan bernilai RM1.1 juta daripada kerajaan Sarawak menerusi unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain Sarawak (UNIFOR) kepada enam sekolah mubaligh di Sibu dan Sarikei bagi menampung kos penyelenggaraan sekolah-sekolah tersebut. – (Malay Mail)

Pada masa sama, Menteri Kerja Raya Datuk Alexander Nanta Linggi turut menyerahkan peruntukan berjumlah RM1.26 kepada lapan sekolah mubaligh di Kapit.  Menurutnya, melalui Unifor, sejumlah RM20 juta telah diperuntukkan kepada 120 sekolah mubaligh di seluruh Sarawak tahun ini. – (The Borneo Post)

Daripada 2.6 juta penduduk Sarawak, kira-kira 1.1 juta atau 42.6 peratus beragama Kristian, 837,200 atau 32.2 peratus beragama Islam, 351,000 atau 13.5 peratus beragama Buddha dan 304,000 atau 11.7 peratus menganut agama lain. – (Dayak Daily)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MOTAC kerjasama dengan China iktiraf tarian Singa dan Naga sebagai warisan budaya tidak ketara di UNESCO

Next Post

Akta Syarikat (Pindaan) 2024 Mengikut Piawaian Agensi Antarabangsa yang mengesan dan menyekat dana Hamas

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content