Serangan Balas Iran ke Atas Israel Beri Talian Hayat Buat Netanyahu, Amerika Bakal Tingkatkan Bantuan Kewangan dan Ketenteraan ke Israel

Laporan NBC harini mendedahkan bahawa Israel berkemungkinan tidak akan memberi respon dengan menyerang secara langsung ke dalam kawasan Iran. Namun, bentuk serangan balas akan bersifat lebih kecil dan terbatas ke atas kumpulan proksi dan kawasan tertentu di luar Iran. Antara sasaran yang dilaporkan adalah kawasan Syria termasuk stor penghantaran dan penyimpanan peluru berpandu canggih dan senjata yang dihantar dari Iran ke Hezbollah. Menariknya, keputusan ini dikatakan dicapai sebelum serangan Iran lagi. (NBC)

Perkembangan ini menunjukkan Israel menerima “signal” Iran supaya perang ini tidak berlanjutan dan oleh itu, mengekalkan status quo. Status quo hubungan Israel-Iran bermaksud meneruskan peperangan terbatas yang hanya melibatkan proksi dan aset ketenteraan di negara ketiga sahaja seperti Lubnan, Yemen, dan Syria. (The Cradle)

Keputusan ini dikatakan terhasil kerana serangan Iran tidak memberi kemusnahan dan kesan teruk kepada Israel. Antara faktor lain juga adalah keengganan Amerika Syarikat untuk turut serta dalam serangan ke atas Iran. Pada ketika ini, Amerika Syarikat merupakan penyumbang terbesar senjata ke Israel dengan anggaran kira-kira 68 peratus, diikuti Jerman (30 peratus) dan lain-lain negara seperti Britain, Itali, dan Australia. Sejak 7 Oktober 2023, 6 negara iaitu Kanada, Belanda, Jepun, Sepanyol, Belgium, dan Denmark dilaporkan telah berhenti membekalkan senjata kepada Israel. (The Guardian)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. RADAR memandu pembaca melihat trend, mengenal pasti gambaran besar, dan mengesahkan kesahihan berita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pengilang Besar Monopoli Hasil Padi Tempatan, Kilang Padi Melayu Berisiko Pupus

Next Post

Israel Terima “Signal” Iran Enggan Lanjutkan Krisis ke Perang Serantau, Dijangka Tindak Balas Serangan hanya Berskala Kecil Dan Terbatas

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content