Tentera Israel Menembak Mati Gadis Palestin; Dihalang Diberikan Bantuan Kecemasan

hadil
Situasi tegang antara tentera Israel Laknatullah dengan Hadil Hashlamoun.

Seorang gadis Palestin yang berusia 18 tahun telah ditembak oleh sekumpulan askar Israel di Hebron setelah dituduh menolak arahan untuk menunjukkan tas tangan serta wajahnya di sebalik niqab dan “cubaan untuk menyerang” salah seorang daripada askar-askar tersebut. Gadis tersebut meninggal dunia di sebuah hospital setelah mengalami kecederaan yang teruk dan pendarahan yang banyak selama 30 minit di jalan yang sama sebelum bantuan kecemasan dibenarkan oleh tentera Israel Laknatullah.

Hadil Hashlamoun telah ditembak sebanyak 10 kali oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Hebron berhampiran pintu masuk ke Shuhada Street pada hari Selasa lepas.

Tentera-tentera IDF tidak membenarkan anggota paramedik menghampiri dan memberi bantuan kecemasan kepada remaja berkenaan, yang dituduh cuba menikam salah seorang tentera Israel. Gambar yang dimuat turun di laman web bagaimanapun tidak menunjukkan yang sedemikian.

Gadis berusia 18 tahun itu meninggal dunia pada hari yang sama di Pusat Perubatan Shaare Zedek setelah mengalami kecederaan yang teruk.

Jurucakap hospital berkenaan memberitahu Maan News Agency bahawa Hadil telah mengalami kecederaan yang sangat teruk dan menjalani pembedahan sejurus tiba di hospital yang sama.

Menurut kenyataan bapa Hadil kepada wartawan-wartawan tempatan, “Tiga pembedahan telah dijalankan ke atas anak saya. Sebahagian daripada ususnya terpaksa dikeluarkan. Namun, peluru di dada yang telah membunuhnya.”

Gadis dituduh pengganas

Namun, tentera Israel menyatakan bahawa gadis berkenaan merupakan seorang pengganas yang telah cuba menikam salah seorang daripada tentera mereka. Menurut cerita IDF, Hashlamoun berada dalam keadaan kritikal setelah ditembak di kakinya, dan kemudian meninggal dunia kerana kecederaan yang sama.

Walaubagaimanapun, gambar-gambar yang telah diambil oleh kumpulan Youth Against Settlement (YAS) sejurus sebelum dan selepas tembakan berkenaan kelihatan bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh IDF.

Salah seorang ahli kumpulan YAS memberitahu bahawa gadis berkenaan tidak membuat sebarang percubaan untuk menikam tentera Israel, sambil menambah bahawa kemungkinan besar gadis itu ditembak selepas mengabaikan arahan tentera berkenaan supaya membuka niqabnya.

Hanya kerana batu

Di dalam suatu insiden yang lain, beberapa hari selepas Datuk Bandar Jerusalem, Nir Barkat, mengisytiharkan ‘perang’ ke atas pembalingan batu oleh rakyat Palestin, sekaligus memberi ‘lampu hijau’ kepada pihak polis untuk mengangkat senjata dan memberi serangan balas ke atas rakyat Palestin bagi pihak Yahudi. Langkah berkenaan yang dipersetujui pada Jumaat yang lalu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Palestin yang telah mengadakan ‘Hari Balas Dendam’ sebagai tanda protes.

Pada minggu pertama selepas Israel meluluskan peraturan baharu tersebut, berita pro-Israel 0404 berkongsi video tentera IDF menembak seorang remaja Palestin menggunakan sniper, menggalakkan orang ramai supaya ‘menyebarkan video’ tersebut.

Beberapa saat selepas remaja yang sama membaling batu, tentera yang mengendalikan sniper berkenaan menarik picu sniper tersebut.

Sebutir peluru menuju tepat kepada remaja Palestin tersebut pada bahagian kakinya, tetapi dia masih mampu bangun dan lari, meskipun dalam keadaan tempang.

Antara komen yang dilihat di Berita Israel 0404, “Satu-satunya cara paling berkesan. Kamu baling batu? Sebutir peluru menanti.” Komen berkenaan mendapat ‘like’ dan komen yang meriah daripada para pembaca pro-IDF. Insiden tersebut dilihat berlaku di Tebing Barat, akan tetapi lokasi sebenar kejadian tidak dapat disahkan.

Penterjemah : Nureen Adnan

Sumber : RussiaToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tentera Mesir Berusaha Hapuskan Terowong Penyelamat Gaza

Next Post

Masyarakat Muslim Filipina Bantah Label Rasis – “Muslim Type”

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content