Bagaimana pelaburan China pengaruhi PRU-14: Akhbar Hong Kong

BANGI, 19 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Isu berhubung pelaburan China ke negara ini, terutama di Johor Bahru dijangka mempengaruhi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, lapor South China Morning Post.

Penyelidik Politik Asia Tenggara di ISEAS-Yusof Ishak Institute di Singapura, Mustafa Izzuddin berkata, Dr Mahathir dan ahli politik Melayu lain yang anti-Najib akan menggunakan isu pelaburan China ke Malaysia untuk mengkritik Najib kerana menjual kedaulatan Malaysia kepada China.

“Hakikat bahawa pergaduhan ini adalah antara Mahathir dan Sultan Johor juga penting kerana Johor adalah tempat asal parti Bersatu itu, yang berharap untuk menembusi pilihan raya yang mana Johor juga merupakan tempat kelahiran UMNO dan kubu kuat UMNO, “kata Mustafa.

Pakar politik veteran Malaysia, Bridget Welsh pula berkata, Bersatu mempunyai daya tarikan di Johor dan terdapat kebimbangan bahawa gerakan ini boleh menjejaskan imbangan politik di negeri ini.

Pakar-pakar lain pula berkata, teguran Sultan Ibrahim kepada negarawan itu berpunca kerana kebimbangan terhadap kenyataan Dr Mahathir boleh mengganggu aliran pelaburan asing ke negeri itu, dan bukannya bimbang mengenai parti politik.

Dalam temu bual dengan The Star, Sultan memaklumkan bahawa harapan baginda adalah supaya pembinaan Forest City yang dilabur oleh China itu akan mewujudkan peluang pekerjaan di Johor dan melonjakkan Johor Bharu menjadi sebuah bandar yang penting.

Pakar Politik Malaysia di Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam di Singapura, Oh Ei Sun, pula berkata, kebimbangan utama Sultan Johor adalah aliran masuk berterusan melalui pelbagai pelaburan ke Johor.

“Oleh itu, baginda jelas tidak gembira dengan apa-apa kritikan terhadap aliran masuk tersebut,” katanya.

Pengarah Institut Asia di Universiti Australia Tasmania, James Chin pula berkata, Dr Mahathir cuba untuk menunjuk-nunjuk semangat nasionalis Melayu itu dengan menggambarkan Najib sebagai telah terjebak dengan perjanjian bersama China.

Najib pulang dari lawatan ke Beijing pada November lalu dengan perjanjian sejumlah AS$34 bilion termasuk untuk membeli empat kapal tentera laut China – perjanjian pertahanan utama yang pertama antara kedua-dua negara Asia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bukan sekadar ejen, Korea Utara berselindung di sebalik syarikat haram

Next Post

Kapal nelayan dari China ditahan berlabuh di kawasan larangan di Pengerang

Related Posts
Skip to content