The Game Changer for Islamic Banking

12742818_10207747141330908_8176896502653953250_n

 

Perbankan Islam sering dikritik kerana beroperasi persis perbankan konvensional. MILAD (Muslim Leadership Development Centre) pada sesi lepas telah membincangkan bagaimana isu ‘fractional reserve’ dan ‘financialisation’ mampu tangani dalam kapasiti yang ummat Islam hadapi sekarang.

EMAS ALTERNATIF BARU?

Salah satu cadangan ialah kembali semula kepada emas sebagai matawang atau menjadikan ia ‘reserve’ kepada matawang. Jelas jika kembali semula kepada emas sekali pun tidak akan dapat menyelesaian jika isu pokok tidak diselesaikan. Bukan isu medium transaksi tetapi kita membincangkan soal sistem disebalik medium tersebut. Jika menggunakan emas sebagai medium tetapi masih menggunakan sistem ‘fractional reserve’ maka isu masih tidak dapat diselesaikan kerana emas tersebut akan bergantung kepada sistem yang sama. Bahkan sebelum zaman Rasulullah saw dinar dan dirham telah digunakan dalam keadaan riba’ berleluasa.

Lebih-lebih lagi hari ini emas dinilai berdasarkan mata wang USD, bukan berdasarkan intrinsic value menyebabkan harga emas fluctuate dengan ketidakseimbangan mata wang. Bahkan emas pada hari ini ibarat komoditi yang dijual beli sebagai aset pelaburan sehingga harga turun naik adalah berdasarkan penerimaan dan penawaran pasaran. Selagi emas tidak dikembalikan kepada fungsi asal, maka selagi itu emas tidak akan mampu keluarkan kita daripada kemelut sekarang.

Dikatakan ‘Gold Standard’ baru akan diterbitkan tetapi dalam masa yang sama US, Russia, China dan Israel masih pemegang utama jongkol emas. Jika itu keadaannya maka mereka masih lagi memegang kuasa untuk menentukan dan menjadi ‘Game Player’ dalam menentukan sistem kewangan dunia.

10392479_10156633241855118_7425862420162055185_n

MASIHKAH ADA HARAPAN

Sementara menanti emas kepada fungsi asalnya, kita tidak bisa duduk diam dan menikmati riba yang dihidangkan oleh bank konvensional. Bahkan, perbankan Islam yang dilihat sebagai alternatif kepada perbankan konvensional perlu diperkasakan fungsinya. Teori ekonomi menyebut “if you can’t beat the market, follow the market”.

Perbankan Islam tidak boleh selamanya ‘imitate’ perbankan konvensional dengan menawarkan produk ‘debt based’ bahkan ciri yang membezakan keduanya adalah kemampuan perbankan Islam untuk terlibat dalam kontrak ‘risk sharing’ atau ‘equity based’. Keduanya boleh dilaksanakan melalui kontrak Mudharabah dan Musharakah di mana risiko turut dikongsi bersama oleh pihak bank dan venture. Kerana itu, apabila institusi kewangan bersedia untuk ‘shift’ ke ‘risk sharing’ atau ‘risk participation’ contract maka is suatu ‘Game Changer’ dalam industri. Alhamdulillah hari ini, Maybank Islamic telah mempunyai ‘Investment Account’ di mana pelabur akan melabur secara terus dalam aktiviti pelaburan Maybank Islamic. Dalam masa yang sama, 6 buah bank telah bersepakat untuk menyertai ‘Investment Account Platform’ atau IAP yang membolehkan pelabur memilih untuk melabur secara terus dalam projek yang disenaraiakan di IAP.

Dalam masa yang sama, ekonomi Islam bukan hanya sektor kewangan tetapi perlu lebih mempromosikan ‘real ekonomi’ berbanding ‘financial product’ seperti derivatives dan securitization. Banyak lagi institusi Islam perlu diperkasakan seperti baitul mal dan pusat zakat bagi memastikan fungsi waqaf dan zakat betul-betul dimaksimunkan bagi menjana ekonomi ummah.

Sumber:

http://www.reuters.com/…/malaysia-islamic-finance-idUSL8N15…

http://www.thestar.com.my/…/game-changer-for-maybank-islam…/

http://www.islamicfinance.de/?q=node%2F68

Oleh:

Ibrahim M Hassan

Penganalisis CAPE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

ESSCOM dan Peristiwa Lahad Datu

Next Post

“Running businesses differently”- Andy Haldene

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content