Isu Pelarian: Erdogan Kecam Masyarakat Dunia Berdiam Diri

“Tiada negara akan dapat mencapai keamanan dan kebajikan dengan menutup diri dari dunia luar” kata Erdogan pada sabtu yang lepas dalam satu majlis iftar di Mardin satu kawasan di tenggara Turki

erdogan-jpg20150621000522
“Masyarakat antarabangsa berdiam diri terhadap krisis isu pelarian satu jenayah terhadap kemanusiaan”
“Tiada negara akan dapat mencapai keamanan dan kebajikan dengan menutup diri dari dunia luar” kata Erdogan pada sabtu yang lepas dalam satu majlis iftar di Mardin satu kawasan di tenggara Turki

Beliau menyatakan bahawa negara yang tidak mahu membuka pintu untuk pelarian,seringkali mengelakkan diri dari menyumbang kepada misi pelarian Turki

“Sekarang di negara ini ,terdapat 2 juta pelarian.Di Eropah secara keseluruhannya jumlah pelarian tidak mencecah angka 200,000 “ kata beliau

Erdogan menegaskan Ankara mencari perdamaian dan perlindungan hak untuk semua orang di dalam rantau ini dan bukan hanya untuk satu etnik atau satu golongan keagamaan.

Terdapat 25 pusat pelarian bagi rakyat Syria di Turki

Turki dan Syria berkongsi sempadan negara sepanjang 900km dan Turki telah menempatkan seramai 1.7 juta pelarian Syira di kem perlindungan ,menurut U.N, dengan ramai lagi yang dijangka berada di situ akibat dari peperangan yang sedaang berlaku di Syria

Menurut kerajaan ,Turki telah membelanjakan lebih $6 billion setakat ini buat pelarian manakala bantuan masyarakat antarabangsa telah mencecah $300 juta .

Menurut laporan dari U.N yang di umumkan pada khamis lepas pelarian seluruh dunia kini sudah mencecah 60 juta orang.

Sumber:AnadoluAgency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Titik Persamaan di antara Bush ‘Lama’ dan Bush ‘Baru’

Next Post

Tragedi Orkim Harmony: Kronologi dan Analisa Strategik Selat Melaka

Related Posts
Skip to content