Tun Mahathir : Malaysia perlu lebih tegas terhadap Myanmar selaku Pengerusi ASEAN

mahathtirasean

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata bahawa Malaysia perlu memainkan peranan lebih dalam menangani krisis yang berlaku di Rohingya. Beliau juga berkata bahawa Myanmar sepatutnya tidak boleh dilindungi oleh blok serantau jika terus mengabaikan seruan bagi menamatkan penindasan mereka terhadap golongan minoriti Muslim di Rohingya.

 

KUALA LUMPUR

Bekas Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata pada Jumaat lalu, bahawa Myanmar perlu dikeluarkan dari ASEAN berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia terhadap minoriti Muslim Rohingya.

Beliau berkata sewaktu persidangan antarabangsa yang membincangkan tentang krisis Rohingya di Kuala Lumpur bahawa Myanmar perlu didakwa di bawah undang-undang antarabangsa dan dilucutkan keahliannya dari blok Asia Tenggara kerana membiarkan ‘pembunuhan beramai-ramai’ berlaku ke atas golongan Muslim.

“Sebelum ini, saya yang memainkan peranan penting dalam memujuk negara-negara ASEAN yang lain bagi menerima Myanmar sebagai ahli (ASEAN), termasuk membantu semua rawatan sakit terhadap Aung San Su Kyi (suatu ketika dahulu),” kata beliau, merujuk kepada ketua pembangkang terkenal Myanmar.

“Tetapi kini mereka [Myanmar] sudah berubah,” tambah Tun.

“Saya juga telah menulis surat kepada Su Kyi mengenai nasib Rohingya dan meminta beliau campur tangan untuk menyelesaikan perkara itu. Tetapi tiada jawapan.”

Sejak 2012, Rohingya – yang PBB anggap etnik minoriti paling dianiaya di dunia – telah keluar menyelamatkan diri dari Myanmar secara beramai-ramai. Mereka menjadi pelarian dalam ketakutan kesan dari keganasan yang dilakukan oleh ekstrimis Buddha di mana ada sesetengah kumpulan bukan kerajaan (NGO) menganggap tindakan keganasan tersebut ‘ditaja’ kerajaan.

Myanmar berada di bawah tekanan bagi membantu membendung kebanjiran pelarian asing yang cuba untuk mendarat di pantai-pantai seluruh Asia Tenggara. Negara itu tidak mengiktiraf Rohingya, yang lebih suka merujuk mereka sebagai Bengali, yang menunjukkan mereka adalah dari negara jiran Bangladesh, bukan dari Myanmar.

Tun Mahathir berkatam, disebabkan respon balas Myanmar yang kurang dan tidak memuaskan terhadap seruan-seruan antarabangsa dalam menangani krisis itu, isu pemulihan Rohingya telah bertukar daripada isu domestik kepada peringkat antarabangsa.

“Saya sangat percaya bahawa setiap negara mempunyai urusan dalaman dan (negara) lain-lain perlu menghadkan gangguan. Tetapi isu ini bukan lagi isu dalaman negara,” katanya. “Mereka membunuh orang.”

Mohamad menegaskan lagi bahawa jika Myanmar terus mengabaikan seruan bagi menamatkan ‘penindasan’ terhadap Muslim Rohingya, negara tersebut tidak boleh dilindungi oleh undang-undang blok serantau.

“Apa yang Myanmar telah lakukan dan sedang lakukan adalah penghapusan dan pembunuhan beramai-ramai (simple genocides),” katanya. “Kami di sini bercakap tentang apa yang telah dilakukan. Saya rasa kita harus bergerak dari situ dan mula bercakap tentang apa yang kita akan lakukan dengan Myanmar selagi mana keadaan ini berterusan.”

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan bahawa Malaysia – sebagai pengerusi ASEAN tahun ini – perlu lebih tegas dengan Myanmar sambil memujuk negara-negara anggota lain mengisytiharkan sekatan perdagangan ke atas Myanmar jika keadaan itu bertambah teruk.

Sehingga pertengahan tahun 2014, sejumlah 146,020 pelarian dan pemohon suaka (jaminan perlindungan) telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi para pelarian di Malaysia, di mana sebahagian besar – iaitu 135,000 pelarian- dari Myanmar. Tiga kumpulan etnik terbesar yang mencari suaka di rantau ini adalah kelompok ‘Chin’- yang sebahagian besarnya adalah dari minoriti Kristian Myanmar – Rohingya dan kelompok Muslim Myanmar yang lain.    Hal ini menjadikan Malaysia sebagai salah satu hos atau tempat populasi pelarian terbesar di dunia.

 

Sumber : AnadoluAgency

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Erdoğan gesa parti pembangkang tinggalkan ego dalam proses tubuh kerajaan baru

Next Post

Pemberontak Syiah Houthi Bakal Tunduk Dengan Perjanjian Damai

Related Posts
Skip to content