Sebuah monumen gergasi dan taman peringatan akan dibina di Bukit Cina bagi memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata tapak itu dipilih kerana ia penuh dengan sejarah dan lagenda serta mempunyai kepentingan sejarah bagi hubungan Melaka-China sejak zaman kesultanan Melaka. (The Star)
Beliau berkata taman peringatan itu akan memberi penghormatan kepada sejarah panjang hubungan negeri dengan China, yang bermula lebih 600 tahun lalu. Kata beliau lagi,”Bukit Cina penting dalam hubungan dua hala dan menarik lebih ramai pelancong dari China apabila dibuka”. Hal ini kerana, Bukit Cina yang terletak di tengah-tengah bandar bersejarah itu sinonim dengan kehadiran orang Cina awal ke Melaka dan dilaporkan mempunyai lebih 12,000 kubur purba yang terbesar di luar China. (The Star)
Sementara itu, kapal layar kayu tradisional Cina terbesar di dunia, “Fu Ning” telah berlabuh di Melaka turut dijemput untuk memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Kapal yang dimiliki oleh Lim Cheng Jiu itu akan membuat lawatan kedua ke Melaka semasa kemuncak sambutan itu nanti. (MSN)
Justeru, Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) ini dilihat lebih kepada usaha untuk mengangkat naratif sejarah Cina berbanding sejarah Melaka yang pernah menjadi pelabuhan entrepot suatu ketika dahulu.
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.