INCEIF, Monash University kaji peranan kewangan Islam dalam pemulihan sosioekonomi

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Monash University, Australia bagi mengkaji peranan penting kewangan Islam dalam pemulihan sosioekonomi di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INCEIF Prof Datuk Dr Azmi Omar berkata kerjasama itu bertujuan untuk membawa prespektif kewangan Islam dan ekonomi kepada isu-isu utama yang timbul semasa pandemik, dalam keadaan dunia yang sedang berubah dan berlakunya pembaharuan.

“Satu daripada bidang yang kami ingin manfaatkan adalah impak aktiviti pembiayaan Islam, khususnya ketika berlakunya krisis kemanusiaan yang berleluasa yang memerlukan perhatian segera.  

“Kami berharap dapat melakukan penyelidikan gunaan dalam bidang kewangan sosial Islam, dan mula membentuk instrumen baharu yang berpotensi atau mengubah suai yang telah ada,” katanya bersempena majlis pemeteraian MoU secara maya itu hari ini.

Pemeteraian MoU itu ditandatangani oleh Azmi dan Ketua Fakulti Perniagaan Monash University Prof Simon Wilkie, sekali gus menandakan kerjasama antara INCEIF dan Kumpulan Penyelidikan Pandemik universiti tersebut.

Ketua Kumpulan Penyelidikan Pandemik Prof Paresh Kumar Narayan berkata matlamat kumpulan itu adalah untuk menyumbang kepada perkembangan perniagaan dan gaya hidup yang berdaya tahan terhadap cabaran pandemik dan meminimumkan gangguan terhadap perniagaan.

“Usaha kumpulan adalah untuk melakukan penyelidikan mutakhir yang dapat membantu membangunkan masa depan bagi komuniti global untuk hidup bersama-sama dengan pandemik secara lebih cekap dan efektif,” katanya.

— BERNAMA

Artikel lain berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pengunduran AS dari Afghanistan, Peluang China Untuk Bertapak?

Next Post

Kuala Lumpur antara 10 bandar di Asia Pasifik mendahului hab inovasi teknologi

Related Posts
Skip to content