Netflix Alaf Baru dan Data.

Keluaran filem Netflix yang terbaru, Black Mirror: Bandersnatch merupakan filem interaktif paling berjaya. Mengambil siri Black Mirror yang bertemakan kebarangkalian penyalahgunaan teknologi di masa depan, filem Bandersnatch mengubah naratif siri ini dengan mengambil masa sekarang sebagai 1980 dan masa depan sebagai masa kini penonton.

Tapi saya lebih tertarik dengan konsep ‘filem interaktif’ yang ditekankan Netflix. Dalam beberapa saat, penonton akan diminta membuat pilihan yang mungkin akan mengubah naratif filem tersebut. Jika dilihat mata kasar, ia seperti sebuah permainan ‘Yes or No’ tapi kuasa sebenar filem interaktif ini pada saya jauh lebih besar.
Selain menyukarkan pirasi, konsep interaktif ini memberi Netflix akses kepada ‘data mining’ yang begitu luas. Apakah kecenderungan penonton, berapa lama masa diambil untuk buat satu pilihan dan juga produk mana yang lebih disukai penonton. Sebagai contoh, penonton diminta memilih cereal mana untuk sarapan protagonis pada awal filem. This is a not a mere product placement any longer. This is an indirect consumers’ preferences feedback.

Ini adalah satu bidang kuasa baru dalam industri filem selain daripada hanya sebagai medium penyebaran ideologi dan pemasaran produk atau ‘product placement’. Film can now collect Big Data! Data yang dikutip ini bukan saja dapat menentukan genre filem yang akan dihasilkan atau dicadangkan dengan lebih tepat, ia juga dapat mengekalkan para penonton dalam ekosistem genre/ideologi yang mereka selesa. Jika komedi, komedi apa? Jika politik, politik yang bagaimana? Negara mana? Ini modus operandi Netflix yang membimbangkan. Dan, data ini juga dapat dibeli oleh kapitalis untuk mengetahui terus kecenderungan para penonton.

Akhirnya, Netflix juga akan dapat bersaing dengan Facebook dan Twitter dalam industri data pengguna yang menyuap terus ke bisnes-bisnes kapitalis dan ideologis. Yang merisaukan, generasi muda sebagai pengguna terbesar Netflix kelak akan disuap dengan filem apa? Ideologi apa? Insan bagaimana yang akan lahir dengan suntikan pilihan filem yang diberi Netflix? Ekosistem bagaimana yang akan dibekalkan kepada pengguna Netflix?

Saya akhiri dengan satu petikan filem Bandersnatch, “they put the choice for you. PAC Man is the metaphor of the world nowadays. It’s always about Program and Control (PAC).”

Amin Ramily,
Ketua Unit Sumber Alam & Manusia,
Professional Muslim Community.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

10 Years Challenge: Bagaimana data anda boleh dieksploitasi?

Next Post

China berjaya biakkan biji benih pertama di bulan.

Related Posts
Skip to content