Penilaian Konflik Iran-Israel Daripada Perspektif Negara Islam

Beberapa sudut pandang yang perlu diperhalusi sebelum menilai serangan Iran terhadap Israel;

Projek Syiah Crescent

Selain Israel, Iran juga bertanggungjawab dalam mencetuskan ketidakstabilan di rantau Timur Tengah.

Penglibatan Iran dalam beberapa siri rampasan kuasa, dan pertarungan kuasa di Syria, Iraq, Yemen, Kuwait, Bahrain di bawah projek “Syiah Crescent” – Bulan Sabit Syiah untuk menjadi kuasa serantau di Timur Tengah telah membawa kepada banyak pertumpahan darah.

Berbeza dengan majoriti negara Sunni di sana yang memilih untuk ditarik ke dalam orbit kuasa barat yang diketuai Amerika Syarikat dan Israel, Iran pula sebaliknya menjalinkan pakatan yang sangat kuat bersama Rusia dan China, dalam membentuk blok kuasa yang baru di Timur Tengah.

Serangan Iran terhadap Israel baru-baru ini perlu dilihat dalam konteks kepentingan nasional Iran dalam Syiah Crescent. Pembunuhan demi pembunuhan yang dilaksanakan terhadap General Iran di premis serantau mereka telah mencetuskan kemarahan.

Sekiranya Iran tidak bertindak maka ini menjatuhkan air muka mereka.

Adakah Iran merupakan ancaman kepada Israel?

Walaupun pada awal pembentukan kerajaan Shah Pahlavi di Iran merupakan pro-Zionis US, tetapi peningkatan kuasa serantau Iran yang mendadak dan impian Shah untuk mengembalikan semula empayar Parsi, Cyrus The Great dilihat sebagai ancaman kepada Israel.

Tambahan pula di akhir-akhir pemerintahan beliau polisi Shah semakin memihak kepada Palestin dan dapat dilihat daripada kenyataan pegawai tentera Israel, “We lost all confidence in him. He was crazy and idiot – Yaacov Nimrodi, Israel military attache to Iran on the Shah and his decision to sign the Algiers accord

Oleh itu, Mossad telah terlibat dalam plot menjatuhkan Shah dan bekerjasama dengan Savak untuk memudahkan revolusi berlaku. Kesannya Khomeini telah naik sebagai pemerintah baru.

Allahu akbar, Khomeini Rahbar” – sorakan oleh pegawai tentera Yitzhak Segev dan Mosad Chief Eliezer Tsafrir selepas pulang dari Iran pada tahun 1979.

Justeru, Iran adalah existential threat kepada kewujudan Yahudi. Dalam satu temu ramah dengan diplomat Yahudi, Israel memerlukan kepada Iran sebagai sebab wujud berhadapan dengan musuh yang kuat.

Walaupun bentuk kerajaan yang berbeza tetapi Israel melihat kerajaan Khomeini lebih memenuhi kepentingan strategik Israel sebagai kuasa Timur Tengah.

Imej Iran sebagai axis of evil yang dijaja Israel kepada semua negara Arab dibuat supaya mereka mengiktiraf dan menormalisasi hubungan dengan Israel dan Barat sebagai syarat timbal balik habuan ekonomi dan keselamatan.

Hal yang sama dijaja oleh Iran terhadap Israel dan Amerika Syarikat untuk menerima sokongan.

Iran dan Israel berkongsi musuh yang sama

Iran dan Israel berkongsi “common enemy” iaitu negara-negara Arab Muslim. Malah, tindakan kedua-dua belah pihak perlu dilihat dalam konteks perang di Palestin.

Serang-menyerang antara mereka adalah untuk mengalihkan perhatian sebenar “media” dunia terhadap isu sebenar yang sedang berlaku – Genosid Palestin.

Tindakan Iran perlu dilihat dalam objektifnya menjadi ketua serantau dan ketua dunia Islam. Objektif serangan bukan dalam kerangka pembebasan Palestin tetapi misi penguasaan Syiah Crescent.

Objektif Israel pula adalah kepada sebab wujud negara haram tersebut.

Secara strategiknya Iran tidak akan menghapuskan Israel dan Israel tidak akan menghapuskan Iran atas kepentingan kuasa di atas. Serangan yang dilakukan adalah untuk memberi legitimasi kepada objektif serantau kedua-dua bentuk kerajaan.

    Maka, Dunia Islam tidak perlu memilih dalam kerangka “the lesser of two evils”.

    Bagaimana negara Islam perlu menilai peristiwa serangan Iran-Israel baru-baru ini?

        Secara taktikal Iran boleh dikatakan berjaya, kerana tidak mengunakan sepenuh kekuatan untuk melihat respons dan tindak balas Israel serta sekutunya.

        Ternyata jika tanpa bantuan daripada Amerika dan British yang menembak jatuh ratusan misil dan drone sudah tentu kesan yang dialami Israel yang mengunakan senjata tercanggih mereka akan lebih teruk. Kos yang diperuntukkan dalam serangan ini 27.4 juta dollar sahaja oleh Iran, dan 1.35 bilion dollar oleh Israel dan sekutunya.

        Oleh kerana itu, sebahagian penganalisa berpendapat bahawa tindakan Israel menarik Iran ini adalah untuk kembali mengikat kepentingan negara-negara Barat supaya menyokong Israel yang mula hilang sokongan dan legitimasi.

        Hal ini disebabkan Israel sedar mereka tidak boleh bertahan tanpa bantuan persenjataan Amerika Syarikat dan Barat.

        Saat media dunia menumpukan kepada serangan Iran, 184 nyawa telah dibunuh oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin. Serangan juga masih dilakukan di Rafah. Kini berbalik kepada fokus sebenar – perang di Palestin.

        Secara umum, ini adalah “pusingan terakhir” dalam episod peperangan 7 Oktober ini. Pihak yang akan menang ditentukan dalam meja rundingan yang sedang berlangsung.

        Israel tidak ingin mengaku kalah dan cuba untuk mengheret negara-negara kuasa besar ke dalam perang serantau bagi memanjangkan talian hayat dan legitimasi mereka.

        Manakala Amerika Syarikat tidak mahukan perang ini berlanjutan, kerana memberi risiko yang tinggi terhadap harga minyak mentah dunia yang boleh menjejaskan situasi ekonomi mereka yang sedang berada dalam ambang ketidakstabilan.

        Fokus Dunia Islam perlu dikembalikan kepada pejuang Palestin kerana objektif besar dalam perang ini adalah kepada pembebasan Palestin.

        Maka mana-mana tindakan yang dilakukan oleh mana-mana pihak perlu dilihat dalam kerangka ini – “Tel Aviv needed Tehran more than Tehran needed Tel Aviv. Because Arab-Israeli hostilities ran deeper than Arab-Persian grievances“.

        Untuk meneliti lebih banyak perjanjian rahsia antara Israel dan Iran saya cadangkan anda untuk membaca buku Treacherous Alliance – The Secret Dealings of Israel, Iran and United States.

        Asyraf Farique
        Ketua Pegawai Operasi, IRIS Institute

          Leave a Reply

          Your email address will not be published. Required fields are marked *

          Previous Post

          Harga minyak meningkat Tatkala Israel mempertimbangkan Serangan balas terhadap Iran

          Next Post

          Pengilang Besar Monopoli Hasil Padi Tempatan, Kilang Padi Melayu Berisiko Pupus

          Related Posts
          Skip to content