160 Ulama Gesa Raja Saudi Selamatkan Morsi

Salman-bin-Abdulaziz-Al-Saud-02

Seramai 160 orang ulama telah menandatangani satu kenyataan menggesa Raja Arab Saudi, Raja Salman Bin Abdulaziz untuk campur tangan dan menarik balik hukuman mati yang dijatuhkan ke atas presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi, Mohamad Morsi.

Mereka menyifatkan hukuman terhadap Morsi dan penyokong beliau  sebagai “ tidak adil dan berbaur politik”.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa apa yang berlaku di Mesir  “ bukanlah konflik dalaman Mesir sahaja khususnya, bahkan akan memberi kesan terhadap negara Arab dan umat Islam secara keseluruhannya.”

Menurut mereka lagi, hukuman ke atas Morsi itu bermotifkan politik dan tiada kaitan dengan undang-undang kerana melibatkan banyak maklumat yang diragui.

Sumber: MiddleEastMonitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Turki Tawar 40,000 Biasiswa Pendidikan kepada Pelajar Gaza

Next Post

Lebih 40% Rakyat Palestin adalah Pelarian

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content