2 Anggota Polis Terkorban, 24 Yang Lain Cedera Dalam Letupan Bom Di Mesir

 

85afe7bd-65de-4e61-9119-689367d81b20

Sekurang-kurangnya 2 anggota polis Mesir terkorban sementara 24 yang lain cedera apabila satu letupan bom mengenai kenderaan yang dinaiki mereka di Beheira sebelah Perlembahan Nil.

Letupan tersebut mensasarkan sebuah bas dinaiki anggota polis yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di el-Rashid kira-kira 160km utara dari ibu negara, Kaherah, pada pagi Isnin.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Mesir, Hossam Abdel Ghaffar, berkata “2 orang pegawai polis terbunuh manakala 24 yang lain cedera, termasuk 2 orang mengalami cedera teruk.”

Sehingga kini belum ada individu atau kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian keganasan tersebut.

Mesir sebelum ini menyaksikan peningkatan kes serangan terhadap pihak polis dan tentera, terutama di bahagian luar Semenanjung Sinai yang dikuasai oleh kumpulan militan Velayat Sinai yang sebelum ini dikenali dengan nama Ansar Bait al-Maqdis.

Pada 20 Ogos lalu, sebuah kereta yang sarat dengan muatan bom telah diletupkan berhampiran bangunan keselamatan negara di Shubra al-Khaima, sebuah bandar yang berpendudukan padat di Kaherah, mengakibatkan 29 orang, termasuk 6 orang anggota polis cedera.

Kejadian tersebut berlaku seminggu selepas satu lagi kejadian letupan bom yang mensasarkan sebuah balai trafik berhampiran mahkamah di Heliopolis, mencederakan 4 anggota polis. Seorang kolonel dan seorang mejar antara yang cedera dalam letupan tersebut.

Kumpulan militan Ajnad Misr yang berpangkalan di Kaherah telah mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut menerusi akaun Twitter mereka.

Pihak polis kini semakin menjadi sasaran terhadap serangan kumpulan militan. Mereka juga turut meletakkan bom di bangunan-bangunan penting sekitar Kaherah termasuk istana presiden dan Universiti Kaherah.

Pada bulan Jun, kumpulan tersebut telah membunuh pendakwa raya tertinggi Mesir, Hisham Barakat, dalam satu serangan bom kereta.

Bekas ketua kumpulan tersebut, Hammam Mohamed Attiyah, yang mati dibunuh dalam kejadian tembak-menembak di Kaherah pada bulan April lalu, telah dikaitkan dengan kumpulan Velayat Sinai.

Velayat Sinai sebelum ini telah mengaku bertanggungjawab dalam banyak siri serangan di Semenanjung Sinai. November tahun lalu, kumpulan ini telah menyatakan taat setia kepada kumpulan pengganas ISIS, yang menjalankan kegiatan keganasan di negara jiran, Iraq dan Syria.

 

Terjemahan: Huzaifah Ibrahim

Sumber: PressTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Terbaru: Percubaan Rayuan Badie dan 104 Ahli Ikhwan Ditangguh

Next Post

Harga Minyak Dunia Jatuh, Ekonomi China Penyebab Utama

Related Posts
Skip to content