Tel Aviv, 28 April 2015- Di saat seluruh dunia sedang bersimpati dengan mangsa-mangsa gempa bumi dahsyat di Nepal manakala warga Israel pula bergembira dengan kehadiran cahaya mata yang diambil secara tumpangan melalui perkhidmatan ibu-ibu tumpang warga Nepal. Jumlah bayi tumpangan yang diambil setakat ini oleh pasangan homoseksual Israel mencapai jumlah seramai 26 orang bayi. Kebanyakan bayi yang dibawa ke Israel itu dijaga oleh pasangan homoseksual terbabit dan beberapa penumpang yang lain ketika penerbangan pada Selasa lalu namun, tiada seorang pun ibu tumpangan yang dibenarkan untuk turut serta.
Bertambah hangat lagi apabila gambar-gambar bayi tumpangan tersebut bersama-sama pasangan homoseksual tersebar luas di media-media massa sehingga etika ibu tumpangan antarabangsa antara Israel dan Nepal mula hangat diperdebatkan ketika ini. Difahamkan di Israel hanya dibenarkan pasangan yang heteroseksual sahaja untuk menggunakan perkhidmatan ibu tumpangan manakala pasangan gay dan ibu atau bapa tunggal hendaklah mencari alternatif lain di luar negara.
Selama bertahun-tahun, India dipilih oleh Israel sebagai destinasi pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan ibu tumpangan disebabkan pihak mereka menyediakan kos perubatan yang rendah serta kualiti penjagaan perubatan yang terbaik.
Setelah pindaan undang-undang pada tahun 2013 yang dilakukan oleh India, pasangan yang berkahwin kurang daripada 2 tahun dan gay dilarang sama sekali untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Pindaan ini ternyata berjaya mematahkan banyak hasrat warga-warga Israel untuk menggunakan perkhidmatan ini. Namun, kebanyakan ibu tumpangan dari India berpindah ke Nepal semata-mata ingin menyediakan perkhidmatan ini buat warga Israel dan hal ini telah menyebabkan agensi perkhidmatan ibu tumpangan Israel juga turut berpindah ke Nepal.
Setelah itu, Nepal menjadi destinasi terkenal buat para pasangan Israel yang sebelum ini gagal mendapatkan perkhidmatan ini di Israel. Kebanyakan negara Asia dan Eropah meboikot aktiviti tersebut manakala di US dan Kanada pula perkhidmatan ini dicas sehingga USD 150,000 tetapi di Nepal hanya dicas sebanyak USD 30,000.
Sehingga kini lebih daripada 100 ibu tumpangan terpaksa meneruskan perkhidmatan ini meskipun sedang dilanda musibah besar. Peguam Negara Israel, Yehuda Weinstein berkata bahawa dia hanya membenarkan ibu-ibu tumpangan yang sangat sarat sahaja ke Israel untuk meneruskan proses kelahiran anak manakala Menteri Dalaman, Gilad Erdan pula berjanji untuk menguruskan kesukaran immigarasi mereka dari Nepal ke Israel, katanya pada Isnin lalu.
Kisah keperitan bayi dan ibu tumpangan ini mendapat liputan luas di Nepal serta kritikan-kritikan penganalisis politik terhadap dana kerajaan dalam misi menyelamat dan tuntutan terhadap Israel agar memperbaharui undang-undang ibu tumpangan mereka sekiranya berlaku krisis. Tidak kurang juga yang mengkritik Israel bahawa mereka hanya bersimpati kepada bayi-bayi tumpangan dan bukan kepada ibu-ibu yang berkhidmat untuk mereka.
Manakala delegasi perubatan kecemasan Israel pula tetap berdegil untuk meneruskan penempatan hospital sementara di Katmandu. Buat sementara ini, isu perkhidmatan ibu tumpangan Nepal yang digunakan oleh Israel masih di dalam perbincangan dan presiden Agensi Ibu Tumpangan Lotus milik Israel pula berkata tidak akan membenarkan sesiapa pun menjalani perkhidmatan ibu tumpangan buat dua bulan ini tetapi akan mempertimbangkan jika ingin melakukannya.
Penterjemah: Nurul Fitrah Abdullah
Sumber: Time.Inc.Network