Erdogan : Bagi saya, Morsi ialah Presiden Mesir

c14e9c448a190216770f6a7067004f36
Presiden Turki (kanan) tiba di Sarajevo untuk lawatan rasmi satu hari ke Bosnia. Turut mengiringi beliau, Pengerusi Presidency of Bosnia and Herzegovina, Mladen Ivanić.

 

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, bagi beliau, Presiden Mesir adalah Mohamed Morsi, bukan Abdel Fatah Al-Sisi.

Beliau berkata demikian dalam sebuah sidang akhbar yang turut dihadiri oleh  Pengerusi Bosnian Presidential Council, Mladen Ivanic, lanjutan dari satu pertemuan bersama anggota pertubuhan itu di Sarajevo, ibu negara Bosnia.

Dalam pertemuan tersebut, Erdogan menyatakan rasa terkejut dan kecewa beliau atas hukuman mati yang dikenakan oleh mahkamah Mesir ke atas Presiden Morsi dan anggota Ikhwan Muslimin yang lain.

Erdogan jelas mengkritik dunia Barat yang hanya berpeluk tubuh selepas pengumuman hukuman mati itu dibuat. “Jika hukuman mati diharamkan dalam Kesatuan Eropah, jadi mengapa kita tidak mendengar apa-apa bantahan (atau suara) dari negara-negara Eropah? Kenapa tidak berkata apa-apa? Mereka hanya mengeluarkan kenyataan yang tidak membawa maksud apa-apa pun,” kata beliau.

Sabtu lepas, Mahkamah Jenayah Kaherah mengarahkan rujukan kes Presiden Morsi dibuat kepada Mufti Besar (sebagaimana mengikut perundangan Mesir) bersama-sama dengan 121 tertuduh yang lain melibatkan tuduhan pengintipan dan cubaan lari dari penjara. Mahkamah menetapkan 2 Jun sebagai tarikh keputusan akhir dibuat.

Presiden Bosnia, Mladen Ivanic menafikan wujudnya perselisihan dengan Turki, beliau mennyatakan bahawa institusi-institusi keselamatan kedua-dua negara itu saling bekerjasama untuk menyelesaikan isu pengganas yang menyertai puak militan di Syria dan Iraq.

Beliau menegaskan bahawa Bosnia dan Turki dalam persetujuan untuk menggabungkan tenaga ketenteraan dalam menentang keganasan. Ivanic menegaskan juga bahawa Turki merupakan sekutu penting bagi Bosnia dalam menangani isu ini. “Terdapat kerjasama yang erat antara agensi-agensi keselamatan dari kedua-dua negara, dan kami cukup berpuas hati dengan kerjasama tersebut,” kata beliau.

Sumber : MEMO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Turki, Saudi dan Qatar bekerjasama selamatkan Presiden Morsi

Next Post

Erdogan: Demokrasi Ertinya Menghormati Kehendak Rakyat

Related Posts
Skip to content