Pengusiran beberapa orang keluarga Palestin yang menetap di kawasan penempatan Syaikh Jarrah di BaitulMaqdis Timur baru-baru merupakan sebahagian daripada “master plan” Israel terhadap “Bandar Jerusalem”
Terdapat 3 pelan utama yang digagaskan antaranya adalah, “Jerusalem 2020 Master Plan” , “The Maron Plan” – Pelan Pembangunan dan Kemajuan Kerajaan Tempatan, dan juga Jerusalem 5800 (juga dikenali sebagai Jerusalem 2050) – Pelan Pembangunan daripada sektor swasta.
Ketiga-tiga pelan terbabit saling melengkapi dalam meningkatkan jumlah populasi Yahudi di bandar terbabit dan mengurangkan jumlah populasi rakyat Palestin melalui strategi pembandaran.
Strategi tersebut adalah selari dengan perancangan Pembandaran SDG 2030 dalam membangunkan Bandar Jerusalem menjadi sebuah Bandar Antarabangsa (international smart city) dengan menjadikan sektor pelancongan, pendidikan dan teknologi sebagai pelan utama.
Dengan adanya “master plan” tersebut banyak projek-projek baru dibangunkan antaranya hotel-hotel, pusat pendidikan, hub teknologi dan kawasan-kawasan pembandaran mewah yang tidak mampu dimiliki oleh rakyat tempatan.
Pelan ini menyasarkan pembinaan penempatan baru Yahudi sebanyak 62.4%, dan membuat beberapa pindaan undang-undang untuk mengusir rakyat Palestin keluar dari kawasan tersebut. Antaranya “absentee law” dan “third generation law”. Undang-undang tersebut mengusir warga Palestin secara halus dan terancang melalui usaha pembandaran.
Wujudkan pelan sebegini di Malaysia? Dalam keluaran Landskap kami baru-baru ini, ada memberikan beberapa kajian Kes Pembandaran antaranya Projek Penang Smart City, dan juga Projek Iskandar Smart City. Sumber: https://iris.institute/2021/04/29/dominasi-taikun-kapitalis-dalam-projek-smart-city/
Kedua-dua projek ini, mengunakan template “pembangunan” yang lebih kurang serupa dengan apa yang cuba dibangunkan di Palestin. Seperti contoh di Penang, antara yang terkesan adalah penduduk Melayu di Batu Uban, anda boleh menonton dokumentari itu di sini: https://youtu.be/xwFregunsc8
Jika Bandar-Bandar di Jerusalem membawa masuk pelabur-pelabur luar Yahudi dari Amerika Syarikat dan Eropah, Bandar-Bandar baru di Malaysia membawa masuk pelabur-pelabur luar dari China, Hong Kong, Taiwan dan juga Singapura. Strategi yang sama digunakan untuk meningkatkan demografi warga Yahudi, dengan membawa masuk diaspora Yahudi ke Israel, dan strategi yang sama juga digunakan untuk membawa masuk diaspora China membeli rumah dan menetap di Malaysia.
Wujudkan persamaan dalam kedua-dua contoh “master plan” Pembandaran tersebut? Satu projek membawa idea untuk meng “Yahudi”kan Bandar-bandar Palestin dan satu projek lagi membawa idea untuk men “China” kan lagi bandar-bandar di Malaysia?
Fikir-fikirkan.
Asyraf Farique
Penganalisis IRIS Institute