Henry Gurney arkitek ‘penempatan haram’ Israel, dan Tanah Melayu

1. Pengusiran penduduk Palestin yang memiliki hak yang sah oleh pendatang haram Zionis di Sheikh Jarrah adalah salah satu bentuk ‘settler colonialism’ yang jelas.

2. ‘Settler colonialism’ bermaksud penjajahan dan penghapusan bangsa asal melalui method pendudukan, pembinaan penempatan, pengambilalihan tanah, pembandaran, pengusiran warga asal, malah pembunuhan (genosid) ke atas mereka.

3. Ini adalah kaedah penjajahan Zionis yang paling aktif dilakukan dan konsisten sejak sebelum 1948 lagi. Demografi penduduk Palestin merosot secara drastik sehingga kini. Ramai telah menjadi pelarian dan tidak pernah dapat menjejak semula tanah air mereka.

4. Satu masa dahulu antara arkitek penting di sebalik method ini di Palestin (di bawah penjajahan British-Zionis) ialah Sir Henry Gurney dan Sir Gerald Templer. Mereka kemudiannya ditugaskan juga di Tanah Melayu.

5. Kerana itu sebenarnya di Tanah Melayu telah berlaku juga ‘settler colonialism’ ini khususnya sejak kedatangan British ke sini.

6. Bandar-bandar utama di Tanah Melayu yang asalnya dibuka, diusahakan, dan dimajukan oleh pemimpin dan pembesar Melayu telah disusun secara terancang (ada yang secara halus dan ada yang secara kasar) untuk diubah demografi dan kependudukannya, agar digantikan oleh bangsa asing.

7. Contoh paling jelas ialah Bandar Kuala Lumpur yang merupakan sebuah bandar perlombongan yang telah lama dibuka oleh Sutan Puasa dan orang Melayu Mandailing sebelum datangnya kongsi gelap Cina yang diberikan laluan dan kemudahan oleh British untuk mengambil alih bandar yang dibina oleh orang Melayu.

8. Tindakan Zionis yang kita semua sedang saksikan sekarang turut wujud di Tanah Melayu dahulu dan berterusan sehingga ke hari ini.

9. Apa yang saya tulis ini bukannya omongan kosong atau retorik semata-mata. Ia adalah fakta sejarah yang boleh dibongkar semula, walaupun banyak pihak sedang berusaha untuk memadamkan dan menyembunyikannya.

10. Kami di Interdisciplinary Research and International Strategy – IRIS Institute mengambil tanggungjawab melakukan kajian tersebut. Ianya akan kami terbitkan tidak lama lagi dengan izin Allah jua.

Syed Ahmad Israa’
CEO IRIS Institute

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

dominasi Taikun Kapitalis dalam projek Bandar Pintar

Next Post

Projek Pembandaran Yahudi miliki persamaan dengan Projek Pembandaran China?

Related Posts
Skip to content