Malaysia Temui Kubur yang Dipercayai Tertanamnya Pelarian Rohingya dan Bangladesh

Malaysia finds mass graves of suspected migrants - Al Jazeera English.FLV_20150524_234214.205

Utara Perlis, 24 Mei 2015- 30 kubur besar ditemui di Utara Perlis bersempadan dengan Thailand yang dipercayai tertanamnya beratus mayat yang terdiri daripada warga Myanmar dan Bangladesh.

Penemuan ini disahkan oleh Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri di mana kubur tersebut berdekatan dengan 17 kem tahanan pemerdagangan manusia di Padang Besar dan ditemui dalam keadaan terbiar.

Akhbar The Star melaporkan 100 mayat telah ditemui dalam satu kubur pada Jumaat lalu dan aktiviti pengenalpastian dan pengesahan masih lagi dijalankan.

Namun, kebanyakan mayat yang ditemui masih lagi samar identitinya sama ada mereka terdiri daripada etnik Rohingya atau tidak.

Utara Malaysia merupakan salah satu jalan selain daripada Selatan Thailand yang digunakan oleh penjenayah pemerdangan manusia ke Asia Tenggara dengan menggunakan bot dari Myanmar dan kebanyakan mereka yang diperdagangkan merupakan etnik Rohingya yang sedang menyelamatkan diri daripada penganiayaan di Myanmar manakala warga Bangladesh pula bertujuan untuk mendapatkan pekerjaan.

Penemuan kubur tersebut juga dikaitkan dengan penemuan sebuah kubur yang tertanam 26 mayat di daerah Songkla pada 1 Mei lalu.

Lebih dari 3,000 pelarian Rohingya dan Bangladesh telah mendarat di Malaysia dan Indonesia pada bulan ini  dan Datuk Seri Najib Razak, Perdana  Menteri Malaysia telah mengerahkan bantuan dan tentera laut bagi menyelamatkan ribuan mangsa tersebut.

 

Terjemahan oleh: Nurul Fitrah Abdullah

Sumber: www.aljazeera.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Punca Amerika Tolak Dokumen Pelucutan Senjata Nuklear

Next Post

Rohingnya: Mangsa Percaturan British dan Burma

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content