India Rakan Baik Israel

 

Benjamin Netanyahu dan Narendra Modi
Benjamin Netanyahu dan Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi bakal mencatat sejarah sebagai perdana menteri yang pertama melakukan lawatan ke Israel yang dijangka berlaku Julai ini. Lawatan tersebut bagi membincangkan strategi dan hubungan ekonomi Israel-India yang semakin rapat setelah Modi memegang jawatan.

Malah sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, beliau telah pun melakukan lawatan ke Israel pada tahun 2006 tetapi hanya sebagai Ketua Menteri Gujerat pada ketika itu. Ketika pilihanraya India pada tahun lepas, Modi dilihat sebagai “sahabat baik Israel di Asia Selatan”, bahkan parti pembangkang pimpinannya,  Bharatiya Janata Party (BJP) sering menyelar tindakan parti kerajaan, United Progressive Alliance (UPA) yang dikatakannya tidak cukup tegas mengkritik gerakan Hamas dan gerakan pro-Palestin yang lain, atas dakwaan ‘menggunakan kekerasan’ terhadap Israel.

Sejak memegang jawatan Perdana Menteri, Modi meneruskan lagi hubungan baik India-Israel dan pada tahun lepas beliau berjumpa dengan Benjamin Netanyahu bagi meneruskan hubungan baik setelah kali terakhir bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon melawat Delhi.

Selain Modi, hubungan baik kedua-dua negara tersebut dibuktikan dengan lawatan menteri kabinet beliau. Antaranya, menteri dalam negeri India, Rajnath Singh yang turut menerima jaminan daripada Israel bahawa mereka sedia dan sanggup bekerjasama dalam perkongsian teknologi ketenteraan dengan India. Malah, menteri luar negeri India, Sushma Swaraj turut berkhidmat sebagai ketua Ikatan Persahabatan Parlimen Indo-Israel dari tahun 2006 sehingga 2009 yang sudah lama menganggap Israel sebagai rakan kepercayaan mereka.

Terkini, Tentera Laut India telah membeli misil-1-Barak, keluaran Israel Aerospace Industries dan juga misil berpandu anti-kereta kebal Spike, mengatasi tawaran misil keluaran Amerika Syarikat, Javelin.

Hubungan kedua-dua negara ini dijangka akan mengakibatkan konflik antara India dan negara-negara Arab pada masa akan datang.

 

Sumber: The Diplomat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Carter : AS rancang hantar senjata canggih berhampiran China

Next Post

AS: ‘’Mahu Mengimbangkan Asia’’ di Laut Hindi

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content