Drama Amerika-China di Laut China Selatan

China menunjukkan tanda protes terhadap tindakan USS Lasson yang berlayar di kawasan perairan "mereka".
China menunjukkan tanda protes terhadap tindakan USS Lasson yang berlayar di kawasan perairan “mereka”.

Beberapa hari selepas kapal perang Amerika Syarikat (AS) berlayar di salah sebuah kawasan kepulauan yang terletak Laut china Selatan, Beijing bertindak mengendalikan latihan bagi kapal perang di kawasan yang sama. Pesawat yang dilengkapi senjata telah diterbangkan dari pulau yang ditambak di China.

Selasa lalu, USS Lassen telah merentasi sejauh 12-mile melepasi terumbu Subi di Kepulauan Spartly. Terumbu tersebut merupakan satu daripada tujuh yang dibina dan diperkukuhkan oleh China bagi menyokong tuntutan terhadap kepulauan Spartly dan kawasan sekitarnya.

Kawasan tersebut dipercayai kaya dengan sumber mineral, mempunyai daerah penangkapan ikan dan merupakan laluan yang sibuk bagi urusan perdagangan. AS menyangkal dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa kapal perang mereka berlayar di kawasan perairan antarabangsa.

Hasil tindakan daripada AS ini, Beijing bertindak menghantar jet pejuang yang dilengkapi senjata api bagi membuat latihan di kawasan tersebut. Pada Sabtu lalu, tentera laut China telah mengeluarkan gambar pesawat yang telah dilancarkan di landasan kapal terbang yang terletak di Laut China Selatan.

Hasil maklumat daripada pakar ketenteraan, landasan kapal terbang yang tidak dapat dikenalpasti itu terletak di Kepulauan Woody, Paracels kira-kira 300 km dari pantai Hainan dan 600km dari terumbu Subi.

“Menteri Pertahanan dan Menteri Luar Negara berkata China akan memberikan jawapan apabila hak kepulauan dilanggar. Kenyataan yang dikeluarkan akan diikuti dengan tindakan yang tegas,” komen pesara General Xu Guangyu terhadap tindakan yang diambil oleh Beijing.

“Isyarat yang dihantar oleh China kepada AS menunjukkan bahawa mereka serius akan tuntutan itu.”

Beijing bersikap membantah misi yang dilancarkan USS Lassen di Laut China Selatan, dengan menuduh AS hanya cuba untuk meningkatkan ketegangan di kawasan tersebut.

“Tindakan yang diambil oleh AS dengan menghantar kapal perang itu dianggap mengancam kedaulatan dan sekuriti China, membahayakan keselamatan kakitangan dan terumbu itu sendiri serta merosakkan kawasan yang sudah sedia aman dan stabil,” berkata Menteri Luar Bandar China.

AS mengendahkan kritikan tersebut dan berkata mereka akan tetap untuk terus berlayar dan terbang di mana sahaja kawasan antarabangsa yang mereka inginkan.

“AS telah mengendalikan operasi tentera laut si laut China Selatan dalam beberapa hari lalu dan akan meneruskan operasi yang sama pada masa akan datang,’ berkata Ashton Carter, US Defense Secretary.

Tambahan pula, China dan beberapa lagi buah negara iaitu Brunei, Malaysia, Philippines, Taiwan, dan Vietnam yang terletak berhampiran kawasan tersebut telah membuat tuntutan terhadap ketuanan Pulau Spartly. AS turut mencabar tuntutan China ke atas kepulauan tersebut atas alasan sebahagian daripada sokongan terhadap sekutu mereka seperti Jepun dan Korea Selatan, di mana mereka juga menghadapi pertikaian kawasan dengan China.

Terjemahan oleh: Khadijah Hanim Zulhaimi

Sumber: RT 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perang Provokasi antara Pesawat Rusia dan Kapal Perang Amerika

Next Post

Mari Kita Lihat Apa Senjata China untuk Perang LCS Kali Ini

Related Posts
Skip to content