Syarikat China beli tanah 23.96 hektar di Gebeng, perkukuh pengaruh China dalam sektor perindustrian di Pahang

Syarikat milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Pasdec Holdings Bhd telah menjual tanah industri seluas 23.96 hektar di Harbour Park, Gebeng yang bernilai kira-kira RM73.4 juta kepada Syarikat China, Petroluxe bagi pembinaan sebuah kompleks bersepadu loji penapisan minyak dan petrokimia, yang bakal meningkatkan penglibatan China dalam sektor perindustrian di Pahang.

Menurut pengerusi Pasdec, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim (B), kompleks itu akan dibangunkan Petroluxe Refinery (M) Sdn Bhd (Petroluxe) dan apabila beroperasi kelak, ia akan menghasilkan produk seperti nafta petroleum, petrol dan gas petroleum cecair. – Bharian

Tambah beliau, Petroluxe yang dimiliki oleh pelabur China ini merancang untuk membuat pelaburan kira-kira RM3 bilion bagi membina kompleks di atas tanah itu. – Bharian

Buku PenChinaan Malaysia terbitan IRIS Institute mendokumentasikan pelbagai pelaburan strategik oleh syarikat China dalam sektor perindustrian, dengan tumpuan utama di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP).

Antara pelaburan yang direkodkan ialah kilang pengeluaran keluli oleh Alliance Steel, kilang komponen aluminium oleh Guangxi Investment Group Co Ltd, serta kilang pengeluaran konkrit berteknologi tinggi dan serbuk getah oleh LJ Hightech Material. – Fokus

Selain itu, buku ini turut mengetengahkan pembangunan kilang pulpa dan kertas di Pekan, Pahang oleh China Nuclear Industry Huaxing Construction Co Ltd (HXCC) yang bekerjasama dengan syarikat tempatan, BHS Industries Bhd (kini dikenali sebagai Nextgreen Global Berhad).  – Fokus

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ramasamy dakwa Warlord Cina ada pengaruh terhadap ahli bukan cina DAP, berkuasa tentukan kedudukan ahli bukan Cina

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content