Kartel Beras Kawal Lebih 60 Peratus Daripada pengeluaran Beras Negara, berkuasa tentukan hala tuju industri padi negara

Menurut Pengerusi Gabungan Pengilang-Pengilang Beras Malaysia, Marzukhi Othman, terdapat empat hingga lima syarikat utama yang terlibat mengawal kilang padi dan pengeluaran benih. Syarikat-syarikat ini juga didakwa memonopoli lebih 60% pengeluaran beras negara. Tambahan pula, kartel ini dikatakan mampu menentukan harga padi, beras dan pembekal benih sehingga ada yang mengetepikan arahan kerajaan. (FMT)

Pada 16 November 2023 yang lalu, dilaporkan Kira-kira 71,000 pesawah dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berdepan kerugian sehingga RM40 juta semusim jika mereka lewat mengusahakan sawah disebabkan tiada benih padi. (Utusan)

Kawalan oleh kartel beras ini merupakan perkara yang berlarutan setiap tahun dan ia menyebabkan kerugian yang besar kepada negara. Meskipun Tahap Sara Diri (SSL) negara berada pada tahap 70 peratus, penguasaan kartel terhadap industri padi melambatkan proses Malaysia mencapai 100 peratus kadar mampu diri (SSL).

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sabah Lulus Tiga RUU Kawal Selia Sektor Pembekalan Elektrik, Kembalikan Kuasa Autonomi Sabah selepas 40 Tahun

Next Post

Kadar Kesuburan Wanita Menurun ke Tahap Terendah Sepanjang 50 Tahun, Risiko Kurangkan Pertumbuhan Penduduk Dan Menuju Negara Tua.

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Individu

RM200 / tahun

Individu Silver

RM500 / tahun

Individu Premium

RM1000 / tahun

Skip to content