Kayseri -Sevit Tumturk, Timbalan Presiden Turki menuduh China yang mengenakan larangan berpuasa, pembunuhan beramai-ramai dan tekanan psikologi ke atas masyarakat Uyghur serta mengkritik sikap berdiam diri dunia terutama Pertubuhan Kerjasama Islam (Organization of Islamic Cooperation) terhadap ‘’kekejaman China’’ kepada Anadolu Agency.
Kongres Uighur Dunia telah mengugut China dengan menggunakan laporan larangan berpuasa ke atas Muslim dengan menuduh Beijing kali ini sebagai ‘’perang tanpa nama terhadap Muslim dan Islam’’.
Berdasarkan laporan media antarabangsa, China telah mengharamkan Ramadan sebagai sebahagian daripada Wilayah Autonomi Xinjiang Uighur untuk kesemua Parti Muslim, penjawat awam, pelajar dan guru.
Tumturk berkata Xinjiang satu-satunya wilayah Muslim di dunia yang dilarang untuk menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.
Larangan ini telah dilaksanakan sejak dari tahun lepas lagi di mana seramai 3000 orang etnik Uighur telah dibunuh mati secara beramai-ramai pada hari pertama Ramadhan dalam sebuah bantahan jalanan.
Tumturk juga telah menuduh China mencabar dunia dengan ‘’pembunuhan beramai-ramai’’ dan ‘’tekanan psikologi’’ terhadap orang ‘’Timur Turkistan’’.
Kebanyakan rakyat Turki menggelar Wilayah Autonomi Xinjiang sebagai rumah kepada kumpulan etnik minoriti termasuklah masyarakat Turki-Uighur iaitu orang Timur Turkistan.
Uighur dipercayai salah satu suku Turki yang mendiami wilayah tersebut dan dianggap sebahagian daripada warga Asia Tengah dan bukanlah China
‘’Selama 66 tahun China telah menjalankan polisi assimilasi sistematik apabila telah menyerang Timur Tukistan dan selama berdekad-dekadlah Beijing telah menindas masyarakat Uighur, menghalang mereka mengamalkan Islam dan budayanya sementara dunia masih lagi mendiamkan diri’’, lapor Tumturk.
Sumber: AnadoluAgency