Krisis Pelarian Syria: Pelarian sebagai “SENJATA” Politik

 

Kanak-kanak perempuan Syria yang terdampar di wilayah Izmir.
Kanak-kanak perempuan Syria yang terdampar di wilayah Izmir.

Dalam siri Krisis Pelarian Syria sebelum ini, kita dapat lihat bagaimana konflik dalaman Syria telah dicetuskan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya di rantau tersebut. Media Barat pula sedang memainkan peranan dalam mendukung agenda Amerika Syarikat bagi memberi lampu hijau terhadap konspirasi serantau melakukan jenayah peperangan ini.

Tragedi yang menimpa Syria ketika ini hanyalah percaturan untuk menumbangkan Assad dan seterusnya menguatkan lagi hegemoni Amerika Syarikat di Timur Tengah. Ia mempersembahkan kemunculan pengganas yang dibekalkan dengan senjata, latihan serta dana sehingga menggugat kestabilan awam lantas memaksa segerombolan pelarian melewati sempadan Syria.

Namun, apakah perkaitan antara krisis pelarian yang membanjiri sempadan Eropah dengan rancangan Amerika Syarikat dan sekutunya mencetuskan peperangan di Syria? Apakah permasalahan yang akan timbul akibat daripada penghijrahan pelarian ini ke Eropah?

640x392_54024_223684

Pelarian  sebagai “senjata” geopolitik

Ia bukan sekadar krisis pelarian. Terdapat laporan bahawa pelarian-pelarian ini dimanipulasi oleh Amerika Syarikat dan negara-negara jiran sebagai senjata geopolitik bagi menggandakan tekanan terhadap negara Eropah untuk memerangi Assad sepertimana yang diinginkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.

Media Barat seolah-olah menunjukkan bahawa negara-negara yang menerima pelarian dan menyediakan kawasan perlindungan adalah punca asal kedatangan pelarian ini dan terdapat laporan bahawa krisis pelarian ini berkait rapat dengan perubahan polisi negara-negara terbabit. Seperti yang diterbitkan dalam International New York Times:

“Peningkatan mendadak pendatang dan pelarian ini, yang kebanyakannya dari Syria, ke Greece adalah sebahagian daripada perubahan taktik geopolitik…”

Negara-negara yang menerima pelarian ini dilaporkan telah membawa lebih 2 juta pelarian dan telah membelanjakan lebih 6 billion US dolar untuk menguruskan mereka dibawah polisi terbuka yang boleh diragui objektifnya. NATO pula melalui muncul pada ketika ini untuk melepaskan dan membawa gerombolan pelarian ini ke Eropah dengan sengaja sama ada mereka kembali pulang ke kawasan selamat di Syria atau menuju ke Eropah untuk meraih sokongan masyarakat umum terhadap pencerobohan ketenteraan.

Menurut International Organization for Migration (IOM), kira-kira lebih 350,000 pelarian berjaya dikesan di sepanjang sempadan Eropah di antara Januari dan Ogos 2015, berbanding 280,000 orang yang dikesan bagi sepanjang 2014.

Daripada 350,000 orang tersebut, seramai hampir 235,000 orang yang tiba di Greece dan hampir 115,000 di Itali dengan jumlah tertinggi direkodkan pelarian berwarganegara Syria.

Justeru, apakah kesan negatif daripada krisis pelarian yang menjadi senjata geopolitik ini terhadap negara-negara Eropah sehingga memaksa campur tangan mereka dalam konflik di Syria?

Mideast Syria Women Refugees-1

Proses asimilasi yang mengancam dan mengubah sosio-ekonomi Eropah

Jerman melalui Angela Merkel, seorang Canselori Jerman, telah mengumumkan bahawa negara tersebut mengalu-alukan kedatangan pelarian. Timbalan Canselori berkata bahawa Jerman akan menerima seramai 500,000 orang pelarian setiap tahun selama beberapa tahun, manakala Berlin menjangkakan bahawa kos penjagaan dan pengurusan pendatang baru akan mencecah 6 bilion euro.

Susulan daripada polisi ini, krisis pelarian sedang hangat dibahaskan di seluruh Eropah. Seorang pemimpin Hungary mempercayai bahawa Jerman hanya mengejar kepentingan ekonomi dengan polisi sedemikian, manakala di Perancis, Presiden parti politik ketiga terbesar iaitu Marine Le Pen berkata “Jerman berkemungkinan sedang memikirkan tentang kejatuhan demografiknya, dan kemungkinan sedang cuba untuk merendahkan taraf gaji sekali lagi”.

Seperti yang dikatakan oleh Timbalan Canselor Jerman, Sigmar Gabriel, ia bukan sekadar membawa kepada tamparan politik bahkan tamparan ekonomi yang besar. Negara di Timur Eropah yang terlalu bergantung dengan Jerman dari sudut ekonomi juga akan ditimpa musibah. Hal ini diakui sendiri oleh Angela Merkel apabila beliau berkata bahawa “apa yang sedang kita alami sekarang adalah sesuatu yang akan mengubah negara kita pada masa akan datang”.

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri Jerman, Thomas de Maiziere telah mengumumkan pembekuan komitmennya terhadap Perjanjian Schengen bagi mengawal keluar masuk pelarian di sempadannya dan secara tidak langsung mengetatkan perjalanan keluar masuk rakyat Eropah di sekitar Jerman. Ini seterusnya merencatkan proses integrasi bangsa Eropah yang ingin dicapai melalui perjanjian tersebut.

 

Disebalik krisis yang tiba-tiba

Akhirnya, krisis pelarian ini hanyalah senjata geopolitik bagi Amerika Syarikat dan kuncunya untuk mendesak negara Eropah mencampur tangan dalam konflik Syria. Terdapat kenyataan dalam The Huffington Post yang mengatakan bahawa;

“David Cameron sedang berhadapan dengan tekanan untuk menghantar serangan udara RAF ke Syria tatkala konflik yang semakin meruncing mengancam untuk menyebabkan lebih ramai pelarian mencari perlindungan di Eropah.”

“Bekas Archbishop Canterbury Lord Carey menjadi tokoh veteran yang terbaru mencadangkan usaha ketenteraan yang diperbaharui untuk ‘menghentam’ IS di kawasan utama Syria.”

Ia mengeksploitasi penderitaan berjuta-juta manusia untuk memaksa campur tangan British dan negara Eropah di Timur Tengah. Ia hanya satu cubaan untuk menutup usaha mencetuskan peperangan di Syria dengan bantuan kemanusiaan dan penyelesaian krisis pelarian yang sedang menimbulkan kegusaran bangsa Eropah sekiranya krisis ini berlanjutan.

 

Danial A. Shaari

Penganalisis IRIS

 

Sumber:

  1. Tony Cartalucci, “Refugee Crisis to Justify ‘Humanitarian’ Military Intervention and the Creation of ‘Safe Havens’ in Syria”, Land Destroyer Report.
  2. Kevin Ovenden, “Is Dropping More Bombs on Syria the Way to Solve the Refugee Crisis?”, Stop The War Coalition.
  3. Gavin Hewitt, “Germany: Moral leader or misguided?”, BBC.
  4. BBC, “EU migration: Crisis in graphics”.
  5. PressTV, “Germany reinstates Austrian border control, halts trains from Austria”.

 

Krisis Pelarian Syria: Manipulasi Media Barat

Krisis Pelarian Syria: Imperialisme Amerika Syarikat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mayat Kanak-kanak Perempuan Syria Terdampar Di Pantai Turki

Next Post

Tentera Mesir Berusaha Hapuskan Terowong Penyelamat Gaza

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content