4) Honey Tan, ketua Comango, juga hadir dalam perjumpaan terbabit. Masih ingatkah lagi kita akan tuntutan-tuntutan COMANGO?
5) Maria Chin Abdullah yang juga merupakan Pengerusi Bersih 2.0 juga hadir bertemu dengan Obama. Tidak mengapalah kerana kita sedia maklum Bersih 2.o memang menerima dana daripada Amerika Syarikat.
Gambar 1.0: Ambiga bekas pengerusi BERSIH mengaku menerima dana NDI dan OSI (The Malaysian Insider 27 Jun 2011)
Ambiga mengakui bahawa mereka adalah penerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan juga Open Society Institute (OSI). Kedua-dua organisasi ini memang diketahui sangat berpengalaman dalam mempengaruhi aktivisme politik negara sasaran berdasarkan matlamat jangka panjang dasar luar AS.
Wakil-wakil Malaysia yang lain di mesyuarat itu termasuk Pengerusi Majlis Peguam Steven Thiru, Pengerusi IDEAS Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz, dan Pengarah Eksekutif Good Shepherd Teresa Symons.
Pegawai AS hadir ialah Penasihat Keselamatan Susan Rice, Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Benjamin J. Rhodes, Duta Amerika Syarikat Joseph Yun, dan Daniel Russel Penolong Setiausaha Negara bagi Asia Timur dan Pasifik.
8) Nama-nama yang hadir pada tahun ini adalah nama yang tidak asing. Kalau kita lihat, pertubuhan-pertubuhan inilah yang paling terkehadapan mahu meruntuhkan institusi Islam. Lihat sahajalah kenyataan-kenyataan mereka di media. Berlambak. Tolak hukum hududlah, tolak negara Islamlah, iktiraf hak LGBT lah, kutuk khutbah Jumaat lah.
9) Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang bijak, saya ingin mengajak anda semua berfikir, supaya tidak dicaturkan dalam permainan politik dunia hari ini. Apa salahnya duduk sebentar, kenal dulu siapa rakan-rakan politik anda ini. Bayangkan sampai Obama sendiri tanpa ragu, boleh face to face menghadap mereka. Sudah tentulah mereka bukan musuh. Bahasa lebih tepat, mereka adalah proksi Amerika Syarikat dalam menjalankan agenda imperialisme mereka ke Malaysia.
Mereka dah menyerang kita daripada segenap sudut. Tak kan kita masih tak perasan lagi?
Asyraf Farique
Ketua Editor Focus
Bacaan Lanjut
http://focuss.my/apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-bersih-4-0/
http://www.iris.institute/v1/2014/11/american-imperialism-in-the-muslim-world/
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/in-intimate-meet-obama-lends-ear-to-human-rights-issues-in-malaysia
http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/at-meeting-with-maria-chin-ambiga-ngo-leaders-obama-says-us-backs-their-wor
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/wakil-ngo-enggan-dedah-lokasi-pertemuan-dengan-obama-34739
http://www.ned.org/region/asia/malaysia-2014/
Tuntutan-tuntutan COMANGO untuk Proses Semakan Berkala Sejagat Malaysia 2013