Tiada Jaminan Khazanah Nasional, Petronas Akan Dikecualikan Daripada TPPA

petronas-logo-1

 

Kuala Lumpur: Khazanah Nasional yang merupakan dana negara Malaysia dan firma tenaga negara iaitu Petronas akan dikecualikan daripada peraturan Trans-Pacific Partnership (TPP) kerana Malaysia telah bersedia untuk membenarkan beberapa pengecualian, kata Menteri Perdagangan pada Rabu lalu.

Walau bagaimanapun, soal bagaimana Khazanah dan Petronas akan dikecualikan daripada perjanjian, atau apakah pengecualian yang bakal ditetapkan masih belum jelas. Mereka akan mengadakan perbincangan bersama ahli-ahli lembaga syarikat terbabit dalam beberapa hari akan datang. Parlimen akan turut berdebat mengenai TPP selepas persidangan semula diadakan pada 19 Oktober.
Malaysia merupakan satu daripada 12 buah negara yang bersetuju dengan perjanjian perdagangan yang dibawa oleh Amerika Syarikat. Perjanjian TPP bertujuan untuk meliberalisasikan perdagangan di seluruh negara sebanyak 40 peratus daripada ekonomi dunia, namun perjanjian ini masih memerlukan pengesahan dari setiap negara yang terlibat.
Pada mulanya Malaysia ada menyatakan kebimbangan terhadap perjanjian TPP yang akan melemahkan hak Malaysia dalam menguruskan syarikat milik negara (SOEs) serta polisi-polisi berkaitan layanan istimewa untuk golongan Bumiputera, iaitu kaum Melayu dan orang asli.
Menteri Perdagangan Mustapa Mohamed berkata, Malaysia telah memutuskan untuk menyemak semula permintaan awal yang telah dibuat untuk membawa keluar Khazanah dan Petronas secara mutlak daripada perjanjian tersebut dan telah memohon untuk tolak ansur.
“Apa sahaja perkara yang kita bincangkan perlulah selari dengan model sosio-ekonomi kita, termasuklah peranan daripada syarikat-syarikat milik negara,” kata Mustapa.
Khazanah dan Petronas kini akan tertakluk kepada disiplin TPP yang tertentu walaupun butiran berkenaan disiplin itu masih belum ditentukan, tambah beliau lagi.
Petronas yang merupakan pengeluar minyak dan gas di negara ini mempunyai hak ke atas rizab di bawah undang-undang persekutuan. Syarikat tersebut telah menyumbang dividen sejumlah 29 billion ringgit (US$6.88 billion) kepada hasil perolehan kerajaan pada tahun 2014.
Sementara itu, Khazanah telah mengadakan satu program yang bertujuan untuk mengubah syarikat yang mempunyai hubungan dengan negara bagi membangunkan modal insan dan komuniti Bumiputera.

 

Terjemahan oleh: Wan Nur Khairunnisa

Sumber: ChannelNewsAsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Minyak, Gas dan Perpaipan Punca Utama Krisis Pelarian Syria Terjadi

Next Post

Sekilas Pandang Apa Yang Berlaku Di Dunia

Related Posts
Skip to content