Krisis negara Teluk yang merebak sehingga ke Turki berpunca daripada krisis yang melanda negara-negara Arab menerusi domino Arab Spring. Syria pula adalah bahan eksperimen khusus pihak Zionis untuk memecahkan umat Islam dengan mencipta krisis antara:
1. Rakyat vs pemerintah
2. Mazhab Syiah vs Sunni
3. Perang proksi Barat vs Timur
Kesemua keadaan ini menyebabkan kumpulan mujahidin arab terpecah sehingga 13 kumpulan. 13 kumpulan ini ada dalam kalangan mereka merupakan ciptaan US menerusi Abu Bakar al-Bagdadi yang dikenali oleh masyarakat dunia sebagai ISIS, sebuah brand global bagi mencetuskan Islamophobia yang dirancang Zionis untuk menghilangkan terus cita-cita politik umat Islam iaitu daulah Islamiyyah.
Krisis Syria menyebabkan perang proksi antara Barat dan Timur kerana permainan Zionis adalah dengan mencipta thesis dan anti thesis kepada blok yang dicipta mereka. Hal ini boleh diperhati menerusi sejarah Perang Dunia Pertama dan Kedua dan kitaran sejarah itu berulang sekarang.
Turki pula menjadi sauh kepada cita-cita politik Islam dengan banyak membuka ruang Islam bersinar menerusi AKP, meskipun saki baki sekular masih kuat tetapi usaha AKP adalah perlu dalam skala mereka.
Kedudukan Turki yang terletak di antara sempadan Syria serta memiliki antara kekuatan ketenteraan terkuat NATO menyebabkan kedua blok mahukan Turki terlibat dalam kancah perang di Syria sama ada berpihak kepada NATO atau Soviet.
Setelah sekian lama dasar Turki terhadap Syria adalah berkecuali dan membuka negara untuk pelarian-pelarian Islam, kini dasar itu sedang diuji untuk terlibat dalam permainan ini.
Scenario analysis memperlihatkan Turki jika memihak kepada NATO akan dipergunakan untuk terus melawan Rusia di Ukraine atau NATO membiarkan sahaja Turki bermasalah dengan Rusia.
Jika berkecuali, US dan sekutu akan terus mencuba merampas kuasa politik Turki dengan mendanai pebagai kumpulan pembangkang seperti mana berlaku di arab spring dan juga Malaysia menerusi pilihanraya yang lepas.
Jika memihak kepada Rusia, Rusia hanya berlakon, dalam menyatakan perang terhadap ISIS dan membongkar kumpulan yang mendanai ISIS, peluru perpandu yang dilancarkan dari laut caspian hanyalah mensasarkan kawasan yang tidak dikuasai ISIS yang menjadi satu indikator bahawa Rusia juga menyebelahi ISIS dalam diam.
Kesemua ini adalah satu keadaan yang rumit dan sukar dirungkaikan kerana permainan perang disusun di peringkat atas dan kesemuanya dirangka dalam Pelan Israel Raya dan perkara ini bukanlah suatu paranoid.
Turki harus berhati hati selaku negara Islam agar nasib yang menimpa negara Timur Tengah tidak melanda Turki.
Luqman Abd Hamid
Deputy Director of Policy Research and Analysis
IRIS Institute
Selagi umat Islam tidak bersatu,maksudnya pengikut Sunni Dan Syiah terus bermusuh
Dajjal takkan bo!eh dibendung. Wallahuaklam…
Assalamualaikum,
Saya mahukan kepastian, adakah pendirian Turki sekarang adalah cita-cita yang ikhlas dalam membangunkan Islam seperti yang kita nampak atau ianya juga telah didanai oleh Barat untuk mengelirui Umat Islam..
Saya hanya tanya kerana saya tak mahu percayakan media seluruhnya, tetapi saya ingin meletakkan kepercayaan pada IRIS..
Terima Kasih
kenapa artikel ni agak mengarut? RUSSIA IRAN HEZBULLAH LUBNAN dan CINA bantu SYRIA utk hapuskn pengganas antrbangsa seprti WAHABI IS ISIS DAESH WAHABI ZIONIS ALNUSRA dan lain2. AMERIKA ARAB SAUDI QATAR UAE BRITAIN PERANCIS BARAT yg byk bg dana kpd DAESH. jgn percya sgt n bersumberkn media2 barat psal syria..media amerika barat bk tipu n bert sbelah pasal syria.. org yg tulis artikel ni dia x fhm geopolitik dunia n syria