BEIJING : China semakin hampir untuk membina platform tenaga nuklear maritim yang boleh digunakan suatu hari nanti untuk menyokong projek-projek China di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian mutakhir ini, menurut akhbar tempatan.
China bersungguh-sungguh dengan aktiviti ketenteraan dan aktiviti pembinaan termasuk pembinaan landasan di pulau-pulau yang ditakluki di Laut China Selatan, walaupun Beijing berkata, kebanyakan daripada aktiviti pembinaan adalah untuk kegunaan awam, seperti rumah api.
The Global Times , sebuah tabloid berpengaruh yang diterbitkan oleh pejabat Harian Rakyat Parti Komunis yang memerintah berkata, platform tenaga nuklear boleh di akses hingga ke kawasan pedalaman dan menyediakan bekalan tenaga yang stabil.
“Pembangunan platform tenaga nuklear adalah satu trend yang semakin meningkat, ” kata Liu Zhengguo, head of the general office of China Shipbuilding Industry Corp.
” Bilangan sebenar plants yang akan dibina (oleh syarikat) bergantung kepada permintaan pasaran.”
“Permintaan agak banyak” ulasnya pendek.
Akhbar itu memetik laporan bertarikh Januari dari China Securities Journal bahawa platform demonstrasi dijangka siap pada 2018 dan perkhidmatan akan bermula pada tahun depan. Pakar tentera laut China Li Jie memberitahu akhbar, platform boleh memberikan kuasa untuk rumah api, peralatan mencari dan menyelamat, kemudahan pertahanan, lapangan terbang dan pelabuhan di Laut China Selatan.
“Biasanya kami perlu membakar minyak atau arang batu untuk kuasa,” kata Li.
“Memandangkan jarak jauh antara Kepulauan Nansha dan China dan cuaca dan lautan keadaan yang berubah-ubah, penghantaran bahan api boleh menjadi satu isu, itulah sebabnya pembangunan platform kuasa nuklear maritim memberi manfaat yang besar,” katanya.
China mendakwa hampir keseluruhan Laut China Selatan yang dipercayai mempunyai deposit besar minyak dan gas, sedang membina pulau-pulau buatan di terumbu untuk memperkuatkan tuntutan terhadap pulau-pulau yang dipertikaikan.
Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam juga mempunyai tuntutan ke atas sebahagian daripada perairan, di mana kira-kira $ 5 trilion jumlah nilai perdagangan di perairan tersebut.
Ketika melawat Brunei, Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian China bahawa pertikaian perlu diselesaikan secara aman melalui rundingan antara pihak-pihak berkenaan secara langsung. Kementerian Luar China berkata lewat semalam. China marah terhadap kes yang dibawa oleh Filipina pada suatu timbang tara antarabangsa mengenai kes Laut China Selatan China, dan berkata tidak menyertai dan menerima kes tersebut.