Rumusan Berita Luar Negara: (19-26 Februari)
Berita rantau Asia Tenggara menyaksikan beberapa berita penting berkait dengan peningkatan aset ketenteraan Singapura. Antaranya adalah perbincangan Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen, dan juga Panglima Angkatan Tentera Australia, General Angus Campbell bertempat di Mindef Singapura. Antara topik yang menjadi perbincangan utama adalah tentang pembinaan Pusat Latihan Ketenteraan Singapura seluas 300,000 hektar yang sedang dibina di Queensland Australia. Pusat ini boleh menempatkan 14,000 orang tentera pada satu-satu masa.
Selain itu, Kementerian Pertahanan Singapura juga melancarkan Sekolah pertahanan Siber pertama mereka di Stagmont Camp di Choa Chu Kang, Singapura. Sekolah ini menerima sejumlah 59 orang pelajar baru dan dijangka meningkat kepada 300 orang. Pelajar-pelajar ini akan menjalani modul latihan awal selama 35 minggu. Kemudian akan menjalani latihan secara mingguan di Singapore Institute of Technology (SIT). Langkah ini dilakukan sebagai sebuah usaha pencegahan pencerobohan data peribadi. Pada tahun 2017 seramai 850 pelatih khidmat negara dan juga staf Mindeff telah dicuri data peribadi mereka.
Singapura juga merupakan negara pertama di rantau Asia Tenggara yang baru sahaja membeli kapal selam dengan teknologi paling terkini daripada Sweden. Kapal selam model 218SG yang dibeli dikatakan mempunyai kapasiti senjata yang besar dan teknologi pengendalian yang canggih serta kompleks. Peningkatan keupayaan persenjataan laut oleh Singapura dikatakan mengikuti trend persenjataan laut yang ditunjukkan oleh Korea Selatan dan Australia.
Disediakan Oleh:
Unit Pantauan Berita IRIS