Dua persoalan penting daripada keputusan PRK Dun Semenyih

Ini bukan analisa pilihanraya tetapi satu renungan peribadi untuk masa depan.

Melihat kepada corak pengundian rakyat Malaysia, yang konsisten sejak PRU14 sebenarnya ialah sikap pengundi. Pengundi memberi undi sebagai tanda protes lebih daripada sebagai tanda sokongan kepada mana-mana pihak. Ketika PRU14; undi protes ke atas Najib telah memenangkan PH. Di Cameron Highland dan Semenyih nyata sekali pengundi menunjukkan protes kepada PH. (Teringat kata pemandu teksi di Mesir ketika mengulas peristiwa Revolusi Tahrir — “orang Mesir hanya tahu apa yang mereka tak mahu, tapi mereka tak tahu apa yang mereka sebenarnya mahu”)

Di sini boleh ditafsirkan bahawa sehingga kini tidak ada mana-mana ahli politik yang berjaya memenuhi hajat pengundi (atau kelihatan memenuhinya) dengan efektif. Samada kerana aras penanda pengundi semakin tinggi terhadap pemerintah, atau pengundi mahukan perkara-perkara yang boleh dirasai kesan secara langsung, atau ahli politik yang ada benar-benar tidak kompeten. Boleh jadi semuanya adalah benar.

Dua perkara boleh diberi perhatian di sini. Yang pertama, adakah kerangka dan minda pengundi Malaysia berfikir dan menuntut sesuatu yang benar-benar merupakan kepentingan negara atau masih di takuk mencari keperluan asas hidup semata-mata? Yang kedua, adakah ahli politik di Malaysia ini sebenarnya benar-benar faham soal kenegaraan atau sekadar pemain dan pelakon layar perak yang saban masa memikirkan survivalnya sebagai seorang pelakon?

Saya fikir sudah sampai masa rakyat Malaysia dan semua ahli politik di Malaysia berhenti daripada membuang masa dengan segala yang bukan ‘politik sebenar’ dalam dunia politik. Di luar pagar kita ada banyak kuasa yang mengambil kesempatan atas keterhadan dan kesibukan kita dengan politik yang remeh.

Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim
CEO IRIS Institute

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Peningkatan Aset Ketenteraan Singapura

Next Post

Landskap Edisi 2

Related Posts
Skip to content