Tahukah anda pada bulan Oktober 2019, telah dianjurkan sebuah mesyuarat simulasi yang dinamakan sebagai Event 201 bertempat di New York dianjurkan oleh The Johns Hopkins Center for Health Security bersama World Economic Forum dan juga Bill and Melinda Gates Foundation. Simulasi tersebut ialah mengenai sebuah Global Pandemic Exercises untuk menghadapi Global Pandemic. Dan tahukah anda, apakah virus yang digunakan ataupun yang dibincangkan sebagai senario dalam exercise tersebut? Nama virus tersebut ialah Coronavirus.
Bagi kebanyakan manusia dan negara, situasi sekarang ialah krisis dalam spektrum yang penuh. Manusia sedang bertarung untuk ‘survive’ dalam soal nyawa, ekonomi, sosial, dan lain-lain . Namun, dalam situasi ini, ada pihak yang tetap mendapat untung. Mereka datang daripada satu lapisan yang begitu elit dan eksklusif.
Bagaimanakah mereka mengambil kesempatan di atas musibah yang sedang dialami oleh seluruh dunia ketika ini? Adakah kerana itu mereka boleh menentukan situasi dunia di masa depan?
Ikuti ulasan Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, En Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim yang cuba merungkai persoalan tersebut dengan panduan khusus daripada ayat Allah dalam Al-Quran.