Notice: wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/rekasawa/fokus.my/wp-includes/functions.php on line 5313

Poland Bakal Laksanakan PRU Pertama di eropah Semasa Pendemik Covid-19?

Situasi pandemik yang melanda seluruh dunia menyebabkan banyak aktiviti dan program yang ditangguhkan atau dibatalkan. Melihat kepada angka terkini yang dicatatkan oleh WHO, sebanyak 2,416,135 juta kes jangkitan Covid-19 dicatatkan dan kes kematian pula sebanyak 165,939 kematian. Hal ini menunjukkan betapa seriusnya wabak ini sehingga mampu melumpuhkan ekonomi dan mengubah kehidupan sosial masyarakat.

Tetapi berbeza pula situasinya dengan sebuah negara di Eropah Timur iaitu Poland – mereka tetap bercadang untuk meneruskan pilihan raya pada Mei ini. Pembuat dasar Poland telah bersepakat untuk meneruskan pilihan raya pada Mei ini walaupun menghadapi situasi penularan wabak yang belum pulih sepenuhnya.

Persoalannya, mengapa kerajaan negara berkenaan begitu cepat mengambil keputusan untuk mengadakan pilihan raya dalam waktu genting sebegini?

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh sebuah institut kajian di Poland yang bernama IBRiS, undian menunjukkan sokongan kuat daripada rakyat kepada parti kerajaan sekarang iaitu Law and Justice Party (PiS) dalam usaha menangani krisis wabak Covid ini.

IBRiS mencatatkan sebanyak 52.5% rakyat menyokong kerajaan dengan mengatakan kerajaan kini telah bertindak dengan baik dalam usaha menyelesaikan krisis ini manakala hanya 22.6% yang tidak menyokong kerajaan. Peratusan ini walaubagaimanapun mencatatkan peningkatan kepada 67% sokongan daripada rakyat dan tindakan kerajaan dalam menutup premis sekolah, muzium dan pelbagai premis lain mendapat sokongan majoriti rakyat sebanyak 84%.

Sokongan yang tinggi ini mungkin dibantu oleh kredibiliti Menteri Kesihatan mereka iaitu Lukasz Szumowski. Latar belakang beliau sebagai seorang bekas doktor meyakinkan rakyat terhadap kredibiliti kerajaan dan beliau telah diangkat oleh rakyat sebagai ahli politik yang jujur dan amanah.
Data tersebut mencatatkan bahawa beliau mendapat sokongan sebanyak 41.3% daripada responden manakala Presiden Andrzej Duda (45.4%) dan Perdana Menteri Poland iaitu Mateusz Morawiecki (41.1%).

Keyakinan yang diletakkan ke atas kerajaan PiS ini mungkin menjadi semakin kukuh apabila kerajaan mengumumkan pakej stimulus sebanyak PLN 212 bilion bagi membantu peniaga dan pekerja yang terjejas dalam krisis ini.

Presiden Andrzej Duda kini telah mencatatkan sebagai pemimpin yang dipercayai oleh rakyat dan kini sedang giat menjelajah kesemua daerah di negaranya dalam usaha mendekatkan diri dengan rakyat. Ini menjadikan beliau sebagai presiden Poland pertama dalam sejarah berbuat sedemikian.
Dalam memerhatikan manifesto milik parti kerajaan sekarang, iaitu PiS, mereka banyak memfokuskan kepada pembangunan ekonomi negara itu. Sebelum ini, program ekonomi ‘500 Plus’ merupakan program sokongan ekonomi yang berjaya membantu kewangan isi rumah yang berpendapatan rendah hasil daripada idea kerajaan kini.

Jika mereka kekal dan menang pilihan raya ini, tidak mustahil program itu untuk diteruskan dan memandangkan krisis pandemik ini menyebabkan ekonomi rakyat terjejas maka ini merupakan peluang untuk kerajaan dipilih sekali lagi oleh rakyat.

Hal ini ditambah lagi dengan pendirian kerajaan dalam terus memelihara norma sosio budaya tradisional masyarakat, melindungi identiti nasional Poland dan mempertahankan kesucian ajaran Kristian mereka. Dapat dilihat bahawa kerajaan PiS merupakan parti konservatif ataupun nasionalis dan ini diterima oleh majoriti rakyat Poland. Jadi tidak menghairankan jika kerajaan ingin terus mengadakan pilihan raya pada musim wabak ini kerana berkeyakinan bahawa mereka akan mendapat sokongan baik yang berterusan daripada rakyat.

Saya menjangkakan Presiden Andrezj Duda masih boleh mempertahankan kedudukannya dalam melihat tindakan kerajaannya yang mendapat sokongan majoriti daripada rakyat. Bahkan tindakan Presiden Duda ini menjadi ancaman kepada EU, apabila organisasi serantau tersebut mengkritik perlaksanaan demokrasi dijalankan di negara itu.

Rujukan
1. BBC News, “Poland plans May election despite pandemic”. 7 April 2020. https://www.bbc.com/news/world-europe-52199897
2. The National Law Review, “Poland’s 212 Billion Coronavirus Package”. 20 April 2020. https://www.natlawreview.com/article/polish-government-announces-pln-212-billion-package-face-covid-19-crisis
3. Notes From Poland, “Poland show strong public support for Polish government’s tough coronavirus measures”. 15 Mac 2020.

Polls show strong public support for Polish government’s tough coronavirus measures


4. Al Jazeera, “As Most European elections are called off, Poland pushes ahead”. 1 April 2020. https://www.aljazeera.com/news/202004/european-elections-called-poland-pushes-2004012138

*Imran Hakimi merupakan Kolumnis Fokus dan Pelajar Jurusan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Covid-19 & Kapitalis: Krisis Yang Menguntungkan Siapa?

Next Post

Ramalan Belt and Road Initiative(BRI) China Pasca COVID-19

Related Posts