British telah lama mninggalkan tanah Palestin, namun sehingga ke hari ini, kesan-kesan dan corak penjajahan British masih lagi dapat dilihat dan dirasai oleh penduduk Palestin dibawah jajahan tentera Israel walaupun penjajahan Israel telah berlangsung selama lebih tujuk dekad.
Menurut David Cronin, seorang wartawan dan penulis ‘Belfour Shadow’ katanya sesiapa yang meneliti metod penjajahan British terhadap rakyat Palestin akan menyedari persamaan dengan apa yang dipraktikkan oleh tentera Israel pada hari ini.
Antara persamaan bentuk penjajahan British yang diwarisi tentera Israel yang masih dapat kita lihat pada hari ini adalah seperti pencerobohan rumah-rumah, penahanan banduan tanpa perbicaraan dan tanpa tempoh masa tertentu.
British telah menggunakan taktik tersebut sebagai satu siri balas dan hukuman kolektif semasa Revolusi Arab yang bermula pada tahun 1936. Pada tahun tersebut menyaksikan kebangkitan nasionalis Palestin bagi membantah kepimpinan British di tanah air mereka dan kebanjiran imigran Yahudi ke Palestin.
HAGANAH
Awal era 1930-an menyaksikan perhubungan yang kukuh antara puak British dan pejuang puak Yahudi yang kebanyakkannya berasal dari puak militari Haganah. Haganah merupakan puak militari zionis terbesar di Palestin pada waktu itu yang kemudiannya menjadi peneraju utama kepada ketenteraan Israel.
Menurut Cronin, British merupakan salah satu dalang yang membantu perancangan Nakba selepas Haganah membuat pemetaan ‘Plan Dalet’, sebuah plan pembersihan etnik Palestin. Tambah Cronin lagi, kebanyakkan tentera zionis yang bertangung jawab mengusir 750,000 penduduk Palestin daripada rumah mereka sekitar tahun 1948 kesemua mereka mendapat latihan ketenteraan daripada pihak British
Ahrin Bregman seorang professor Fakulti pengajian peperangan di King’s University turut memberikan kenyataan yang sama berkenaan puak Haganah. Tambah beliau, malah ketua perancangan ketenteraan Yahudi yang kejam seperti Moshe Dayan dan Yigal Allon juga telah mendapat latihan dari pihak British bagi menentang masyarakat Arab Palestin. Dayang dan Yigel seterusnya dilihat menduduki jawatan penting dalam ketenteraan dan kerajaan pada awal sejarah penaklukan Israel di Palestin.
Seorang askar British, Orde Wingate, telah bertangungg jawab melatih dan mengetuai tentera Yahudi bagi menyerang penduduk Palestin di Galilee semasa revolusi. Orde Wingate digambarkan oleh Ahmad Samih Khalidi, seorang editor “Journal of Palestinian Studies” sebagai seorang Kristian-Zionis yang bukan sahaja mengajar asas peperangan malah cara berurusan dengan penduduk Palestin dalam keadaan yang sangat kejam dan menindas. Tentera Israel turut diajar asas doktrinisasi. Menurut Kalidi, perkara ini telah mengubah corak ketenteraan Yahudi dari corak bertahan kepada corak berbentuk serangan. Skuad dibawah pimpinan Wingate ini turut dkenali sebagai “Special Night Squad”(SNS). Menurut Matthew Huges, seorang profesor sejarah ketenteraan “keganasan SNS dibawah kelolaan British telah mengajar tentera Yahudi cara menangani pemberontakkan dan menghukum pemberontak sehingga membuatkan tindakkan kejam sebagai satu normalisasi dalam kalangan mereka”.
Pasukan militari Yahudi tutut diperkuat dengan anggota tentera yang mempunyai pengalaman ketenteraan melalui pengibatan mereka secara lagsung dalam perang dunia pertama dan bersama pihak British dalam Perang Dunia ke-2. Tentera Yahudi turut menganggap peperangan dengan penduduk Palestin pada thun 1948 sebagai sebuah peperangan kemerdekaan.
Menurut Khalidi, pengalaman peperangan yang dimiliki oleh tentera Yahudi ini terutama apabila bersama dengan pihak British telah banyak memberikan kelebihan kepada puak militari Yahudi keatas tentera Palestin yang kurang berpengalaman dan tidak mendapat latihan ketenteraan seperti tentera Yahudi.
Undang-Undang Kecemasan British yang dilaksanakan pada 1945 merupakan antara undang-uundang yang telah diambil secara terus dan digunapakai oleh tentera Yahudi bagi ‘mewajarkan’ tindakkan merka terhadap penduduk Palestin. Khalidi menyebut, pada tahun 1967 ketika tentera Yahudi menceroboh masuk ke kawasan-kawasan Palestin, mereka telah menggunakan Undang-undang Kecemasan British ini bagi menindas dan merobohkan rumah-rumah penduduk Palestin.
Kita melihat pada siri peperangan intifada tahun 2002, tentera Israel telah memusnahkan lebih 252 rumah dan mengakibatkan lebih 1,400 penduduk Palestin menjadi pelarian. namun fakta yang kurang diketahui umum, sekitar tahun 1936 sehingga 1959, pihak British telah memusnahkan lebih 5000 rumah penduduk Palestin. Suatu jumlah yang jauh lebih besar.
Menurut Cronin, pihak British kononnya mengambil tindakkan tersebut atas dasar ‘pembangunan dan pembaharuan” namun hakikat sebenarnya adalah sebagai hukuman kerana penduduk Palestin enggan patuh sepenuhnya kepada arahan British. Matthew Huges juga menjelaskan bagaimana tentera British memutuskan jalan yang menghubungkan ke bandar-bandar besar bagi mengawal kawasan-kawasan pemberontakkan
Tindakkan inilah yang kita lihat hari ini digunapakai oleh tentera Yahudi terutamanya semasa serangan mereka terhadap kem pelarian Jenin dan bandaraya Nablus pada Intifada ke-2. Tentera Yahudi telah menggunakan kereta kebal mereka bagi merosakkan rumah-rumah dan menyempitkan jalan sedia ada.
Walaupun pda hari ini, US kekal sebagai sebuah negara yang berkerjasama rapat dengan pihak Yahudi dari aspek dana, persenjataan dan latihan ketenteraan. Namun, hubungan antara British dan Israel yang hanya selama ini fokus pada pertukaran ilmu dan kepakaran ternyata telah membawa Yahudi ke sebuah tahap yang berbeza.
Elbit Systems, salah sebuah syarikat persenjataan terulung Israel, mempunyai lima cawangan di UK sahaja dan berhasrat untuk menjadikan UK sebagai sebuah pasaran utama menurut Cronin.
Elbit system dan CAE (Canadian Manufacturer Of Simmulation And Modelling Technoogies And Training Services For Civil Aviation And Defence) telah menandatangan perjanjian persefahaman bagi menyertai latihan-latihan kelolaan kementerian pertahanan British. Malah menurut Cronin, pihak British mempunyai program drone terbesar di Eopah dan merupakan senjata rekaan Israel.
Ini bermaksud, sekiranya British terlibat dalam peperangan dimasa hadapan, besar kemungkinan meraka akan menggunakan senjata rekaan Israel ini yang secara nyata telah digunakan dahulu oleh pihak Yahudi terhadap penduduk Palestin.
Pada tulisan yang seterusnya kita akan melihat siapakah aktor-aktor yang terlibat dalam menjayakan hasrat Yahudi menubuhkan negara haram mereka sendiri. Adakah aktor-aktor ini, memegang posisi penting dalam kerajaan British?
Oleh:
Dr Sakinah Tasneem