1. Polisi penyeimbangan kuasa Amerika Syarikat di Asia atau dikenali sebagai Pivot to Asia dilaksanakan negara terbabit melalui dua cara; mekanisme ekonomi dan juga ketenteraan. Pendekatan ekonomi dapat dilihat menerusi agenda utama masa kini iaitu perjanjian TPP yang menyaksikan Malaysia terlibat secara lansung. Pendekatan ketenteraan pula dilihat menerusi campur tangan Amerika Syarikat dalam konflik Laut China Selatan yang berlaku awal tahun ini.
2. Namun, hasil kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah badan pemikir Amerika Syarikat yang berpusat di Washington, Pew Research Center menunjukkan hasil kaji selidik yang menunjukkan tindak balas negatif majoriti rakyat Malaysia terhadap penguasaan ketenteraan Amerika Syarikat di rantau ini, seterusnya memberi perkaitan penting terhadap agenda TPPA.
3. Berdasarkan laporan tersebut, 6 daripada 9 negara Asia Pasifik iaitu Australia, Jepun, Filipina, Korea Selatan, India dan Vietnam menunjukkan lebih daripada 50% rakyat mereka yang berpendapat bahawa peningkatan penguasaan ketenteraan di rantau Asia Pasifik merupakan perkara yang baik. Namun, hanya 3 sahaja negara iaitu Malaysia, Pakistan dan Indonesia yang mempunyai pendirian sebaliknya terhadap kehadiran tentera AS di rantau ini.
4. Keputusan kaji selidik ini bagaimana pun tidak mengejutkan apabila melihat negara-negara yang memberi respon positif merupakan sekutu setia AS yang bukan sahaja menganggap kuasa ketenteraan AS sebagai kuasa menstabilkan rantau Asia Pasifik, malah dilihat sebagai kuasa pelindung dari sebarang ancaman dari mana-mana kuasa besar dunia. Buktinya disokong oleh peratusan tinggi yang ditunjuk oleh rakyat di Korea Selatan, Jepun dan Filipina yang percaya bahawa Amerika Syarikat akan bertindak menghantar pasukan ketenteraan bagi mempertahan mereka sekiranya China melakukan serangan.
5. Sebaliknya, untuk tindak balas negatif dari kedua-dua negara majoriti Muslim, Indonesia, Pakistan dan Malaysia pula dapat difahami dengan melihat respon komuniti negara Islam yang menentang polisi ketenteraan AS di Timur Tengah, khususnya di Iraq menerusi pendekatan War on Terror yang digagas sepanjang pentadbiran George W.Bush. Tambahan pula, pendirian selamat Malaysia dalam menyeimbangkan hubungan Malaysia dengan kuasa-kuasa besar dunia, lebih-lebih lagi dengan China dan AS menguatkan lagi revelansi untuk mereka menolak mana-mana kecenderungan yang keterlaluan kepada mana-mana pihak.
5. Malah, hasil kaji selidik ini memaparkan peratusan yang signifikan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berpendirian bahawa Malaysia sepatutnya lebih berpihak kepada China berbanding AS, seterusnya memberi gambaran umum mengenai persoalan sejauh mana Malaysia perlu bersekutu dengan Amerika Syarikat dan memberi pendirian negatif terhadap kuasa China.
6. Justeru, sebagaimana Malaysia mampu memberi tindak balas negatif terhadap penguasaan ketenteraan AS di rantau Asia Pasifik, respon yang sama juga harus diberikan terhadap pendekatan ekonomi AS melalui TPPA. Hal ini selari dengan tujuan utama polisi Pivot to Asia yang bertujuan untuk menguatkan lagi kuasa dan pengaruh mereka di Asia. Malah, agenda ekonomi TPPA juga harus dilihat sebagai ancaman dan Malaysia seharusnya memberi tindak balas yang sama sebagaimana yang berlaku sewaktu konflik Laut China Selatan berlaku. Malah, langkah selamat Malaysia dalam menyeimbangkan pengaruh China dan Amerika Syarikat ke atas negara ini perlu diteruskan dengan terancang dan teliti dengan menggunakan segala platform yang sedia ada.
Nur Hanis Mohamad Noor
Rujukan: Pew Research Center, The Diplomat
kita tak dapat melawan amerika dan china, rakyat malaysia mudah dipengaruhi dengan sentimen, tapi tiada apa yang kita dapat hanya dengan sandaran sentimen. seharusnya kita lebih melihat hal ini kehadapan dan lebih luas. amerika perlu untuk counter-balance penguasahan china di rantau ini, terlalu bergantung kepada sesuatu negara juga merbahaya kepada ekonomi dan kedaulatan negara kita, tppa bukan suatu yang buruk keseluruhannya, agenda menang-menang boleh dicapai.
tppa adalah jawapan amerika terhadap maritime silk route china. isu ini perlu berputar dalam hal ini. jangan kita terlalu kepada sebelah pihak sahaja.
Ancaman kepada kedaulatan dan keselamatan negara merupakan fokus utama pendekatan TPPA oleh AS. Boleh rujuk isu ini melalui siri TPPA yang pihak FOCUS keluarkan. “Agenda menang-menang yang boleh dicapai” itu dilihat sebagai andaian semata.