Erdogan : HDP mesti putuskan hubungan dengan PKK

ed

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah mendesak Parti Demokratik Rakyat pro-Kurdish (HDP) untuk memutuskan semua hubungan dengan parti haram Kurdistan Workers’ Party (PKK).

Erdogan mengatakan bahawa HDP kini merupakan parti politik dengan perolehan kerusi (80) di Parlimen Turki, parti itu mesti berpisah dengan PKK, yang diisytihar sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah.

Erdogan dan kerajaan Turki kerap menuduh HDP mempunyai hubungan dengan PKK berdasarkan siasatan pasukan perisikan yang telah menetapkan bahawa terdapat hubungan antara HDP dan PKK yang turut memberi kesan kepada keputusan pilihanraya parlimen pada 7 Jun lepas.

“Parti pro-Kurdish menyapu habis undi di beberapa ratus kampung dan penempatan manakala parti-parti lain memperoleh sifar undi,” kata beliau, merujuk kepada sebelah tenggara Turki di mana terdapat kewujudan orang-orang Kurdi. “Ini bermakna rakyat tempatan di sana diancam dengan senjata api [sekiranya tidak undi HDP].”

Kerajaan Turki telah melancarkan inisiatif pada awal 2013 yang dikenali sebagai “proses penyelesaian” untuk menamatkan konflik puluhan tahun dengan PKK, yang telah meragut nyawa lebih daripada 40,000 orang selama lebih 40 tahun.

Erdogan berkata HDP tidak sepatutnya cuba bermain politik dalam proses di peringkat seterusnya dan perlu menolak sokongan dari kumpulan haram itu jika mereka benar-benar berpegang pada demokrasi serta mahu kekal dalam sistem parlimen.

Davotuglu senada dengan Erdogan

Dalam satu temu bual secara langsung pada malam Rabu, Perdana Menteri Ahmet Davutoglu juga berkata bahawa hubungan HDP dengan PKK adalah membimbangkan dan menggesa parti pro-Kurdish tersebut melonggarkan hubungannya dengan kumpulan yang diharamkan itu.

 

Terjemahan : Farris Hanafi
Sumber : AA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Analisis Hubungkait Pivot in Asia dan Tindak Balas Malaysia Terhadap TPPA

Next Post

PM Turki : Mungkin dengan MHP

Related Posts
Skip to content